View: 2545|Reply: 0
|
'Ini tujuh kebaikan Adibah Noor yang wajar kita contohi' - Fadzilah Kamsah
[Copy link]
|
|
'Ini tujuh kebaikan Adibah Noor yang wajar kita contohi' - Fadzilah Kamsah
Fadzilah Kamsah
Kuala Lumpur: "Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya (Allahyarham Adibah Noor)."
Demikian kata pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah mengenai kebaikan penyanyi lagu Terlalu Istimewa semasa hayatnya yang dikongsikan ramai pihak.
Malah, Fadzilah menerusi hantaran di Facebook turut menyenaraikan tujuh kebaikan Adibah yang wajar kita semua contohi.
"Semua info ini adalah melalui penelitian dan pembacaan di berita dan internet. Tujuh kebaikan Allahyarham yang kita semua wajar contohi adalah pertama bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah.
"Kedua, tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti. Ketiga, sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan Inggeris yang ada 'slang' memukau.
"Keempat, beliau berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada 'audience'," katanya.
Tiga lagi kebaikan Allahyarham adalah menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan, sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum dan kata-kata Adibah sarat dengan inspirasi dan pengajaran.
"Beliau selalu 'retweet' dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan. Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas.
"Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya.
"Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya," katanya.
Dalam masa sama, Fadzilah menyifatkan pemergian Adibah hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ohi-fadzilah-kamsah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|