CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1196|Reply: 19

2 Beranak Tembak Kucing Jiran Dengan Senapang Angin Ditahan

[Copy link]
Post time 21-6-2022 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Dua beranak dicekup polis selepas disyaki membunuh seekor kucing dengan selaras senapang angin dalam kejadian di sebuah rumah di Bukit Rambai, di sini, petang semalam.


Dalam kejadian sekitar pukul 2.30 petang itu, suspek yang berusia 62 tahun dan anaknya berumur 27 tahun ditahan selepas kucing milik jiran mereka disahkan mati ketika dibawa ke klinik haiwan selepas mengalami muntah darah dan luka di belakang badan.




Doktor yang merawat mendapati kucing itu telah ditembak dan terdapat geguli besi di dalam badan haiwan itu dan tidak dapat diselamatkan.





Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati tindakan dilakukan dua beranak itu susulan tidak berpuas hati dengan kucing betina berkenaan masuk ke rumah mereka.


“Pihak polis menerima laporan daripada pemilik kucing berusia 44 tahun mendakwa doktor yang merawat mendapati kucing mangsa telah ditembak dan terdapat geguli besi di dalam badannya dan tidak dapat diselamatkan.


“Tindakan lanjut dilakukan oleh Cawangan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berjaya menahan dua lelaki serta merampas selaras senapang angin dan beberapa alatan yang dipercayai sebagai alat ganti senapang angin tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek warga emas ditahan pada pukul 8 malam Isnin manakala anaknya ditahan 2.30 petang tadi selain penggeledahan didalam sebuah bilik rumah suspek juga menemui 17 butir peluru tabur.


Daripada siasatan yang dijalankan, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan insiden berkenaan dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.


“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau aktiviti mencurigakan untuk segera menyalurkan maklumat,”tambahnya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh disabitkan dengan denda tidak kurang dari RM 20,000 dan tidak lebih daripada RM 100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:13 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya ada baca akak ni post pasal kucing dia kat fb. Bagus akak ni repot polis. Kalau tak silap pakcik tu ada bela ayam. Ayam2 dia merata gi rumah orang.


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pembunuh 2 ekor tu mmg patut la kena hukum sbb membunuh, tapi pemilik pon patut kena humban skali atas kesalahan cuai (tak indoorkan kucing) hingga terbunuh. sama je mcm makpak yg tak reti jaga anak kecik
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:00 PM | Show all posts
peluru tabur tu shotgun punya ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 11:33 PM | Show all posts
hmmmm oghang melakau
bukan mulut je jahat
hati pun jahat
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemilik kucing kalau taknak gaduh dgn jiran tetangga ..kurung kan je la..sesetengah kucing tak keluar ke rumah orang lain..
Duk diam je dalam rumah tuannya..
Yang lain jenis bergaduh pun ya sesama kucing.
Pagi2 dah bergaduh depan rumah ni ha.
Grrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh dengan miau pun dah ada keinginan membunuh
Gaduh dengan bini gamaknya ditetak2
Sebab dah dinormalisasikan membunuh itu langkah menyelesaikan sesuatu masalah
Fikir pendek
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:44 PM | Show all posts
Tak da peri ke Manusiaan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
membela kucing tu klu betul2, besar pahalanya, tapi jgn sampai mendatangkan dosa pulak, biarkan kucing berak kat rumah2 jiran, kencing merata2, masuk rumah jiran, dapat jiran gini, sian kucing tu, tergamak. pakcik tu tembak ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 08:52 AM | Show all posts
sampainya hati..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok muka suspek boleh dek? Kot la helok sis?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa bukan takat kahau je… eh semualah..melake..melake
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Melaka al lahabau lg..macik asam pedas tersenyum simpul
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:43 PM | Show all posts
Ni mesti banyak makan asam pedas kat restoran 35 yg tersohor denagn makian anak beranak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 02:46 PM | Show all posts
tuan kucing tu pon patut didakwa menganggu kenteraman awam, sampi terjadi hal mcm ni,jenis tuan kucing or pencinta kucing yang bebal mcm ni sama macam tuan lembu yang bela lembu biarkan lembu duduk kat tgh jalan....sial punya tuan kucing or pencinta kucing yang cuma taw membela untuk keuntungan emosi dia orang jer tp tak mengira emosi orang lain.aku harap tuan kucing jenis bebal macam ni di laknat ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:50 PM | Show all posts
Musibat sungguh perangai baguslah tuan kucing buat lapuran
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:51 PM | Show all posts
Musibat sungguh perangai baguslah tuan kucing buat lapuran
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:55 PM | Show all posts
sebagai orang yang rasis dengan melaka, orang melaka memang perangai pelik. bawah satu level je dengan sskjp dan sskml
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.089294 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list