CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 506|Reply: 0

[Tempatan] Kes basikal lajak: Bekas AG, Tommy Thomas, pertahan keputusan dakwa Sam Ke Ting

[Copy link]
Post time 23-6-2022 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Bekas AG pertahan keputusan dakwa Sam Ke Ting

https://www.malaysiakini.com/news/625736

Raveena Nagotra & Fion Yap
Diterbitkan:  Jun 23, 2022 9:25 AM⋅
Dikemaskini: 9:25 AM



Bekas peguam negara, Tommy Thomas mempertahankan keputusannya untuk merayu keputusan Mahkamah Majistret yang membebaskan jurujual, Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal pada 2019.

Berikutan keputusan itu, pendakwa raya merujuk kepada Thomas dan mengesyorkan supaya rayuan dilakukan. Ketika itu Thomas memutuskan untuk merayu keputusan Mahkamah Majistret yang melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa membela diri.

“Ia akan jadi pendakwa raya yang paling berani, di mana-mana sahaja di dunia, yang enggan atau gagal mendakwa seseorang - seorang pemandu kereta - yang telah bertembung dengan lapan penunggang basikal yang terbunuh. Lapan nyawa terkorban.

“Dan seorang pendakwa raya yang tidak mendakwa (kes sebegitu) akan jadi sangat berani kerana perkara yang paling masuk akal ialah (...) membiarkan mahkamah memutuskan sama ada tertuduh mempunyai pembelaan.

“Jadi, saya tetap dengan keputusan saya dan saya fikir adalah wajar untuk mendakwa dan merayu.

“Jika kita mempunyai kes buruk, maka mahkamah akan membebaskan dan jika kita mempunyai kes yang baik mahkamah akan mensabitkan kesalahan. Ia adalah fungsi mahkamah untuk memutuskan sama ada kita mempunyai kes yang baik atau tidak,” kata Thomas malam tadi.

Thomas berkata demikian semasa program bual bicara dalam talian yang dihoskan oleh pengacara dan Youtuber Ang Woei Shang yang disiarkan secara langsung.


Keputusan kontroversi

Pada 2019, majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Sam didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Siti Hajar berkata mahkamah mengambil kira beberapa faktor, iaitu jalan yang gelap, berbukit dan berliku di mana pemandu - yang bukan penduduk setempat di kawasan itu - tidak dapat menjangka akan terdapat sekumpulan penunggang basikal di atas jalan raya pada pukul 3 pagi.

Majistret juga memutuskan remaja berbasikal itu meletakkan diri mereka dalam bahaya.

Bagaimanapun, selepas rayuan, Mahkamah Tinggi di Johor Bahru memerintahkan Sam membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan mempunyai kes prima facie terhadap wanita berusia 27 tahun itu.

Susulan itu, majistret Siti Hajar Ali mendengar perbicaraan itu dan membebaskan serta melepaskan Sam selepas meneliti semua keterangan yang dikemukakan, keputusan yang sekali lagi dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Sam dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan turut didenda RM6,000. Kegagalan membayar denda boleh dikenakan tambahan penjara enam bulan. Sam juga hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, berkuat kuasa serta-merta selepas dia menamatkan hukuman penjaranya.

Sam kini dibebaskan dengan ikat jamin dan telah diberikan kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan.

"Jadi, ia adalah salah satu perkara di mana anda boleh melihat cara mahkamah berlangsung - keputusan yang berbeza.

“Begitulah sistem perundangan berfungsi. Kita perlu tunggu dan lihat apa yang dilakukan oleh Mahkamah Rayuan,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.490685 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list