View: 1517|Reply: 6
|
Pernah Dikecam Rumah Buruk Seperti Ingin Roboh, Wanita Sebak Dapat Sumbangan Laci Baju
[Copy link]
|
|
Sumber: Tiktok Yoona Chie
Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak dalam rumahtangga dalam serba kekurangan, kadang-kala terasa begitu sukar untuk meneruskan hidup. Namun berbeza pula ceritanya mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Yoona Chiee yang kelihatan begitu bahagia walaupun hidup dalam kesusahan. Malah, setiap hari pasti Yoona akan memuat naik video mengenai kehidupan hariannya.
Walaupun Yoona memuat naik kandungan hanya sekadar suka-suka, namun dia juga tidak terkecuali dalam menerima kecaman segelintir pihak. Lebih menyedihkan apabila terdapat pihak yang menghina keadaan rumahnya seperti ingin roboh. Namun, wanita ini tidak terguris dengan kata-kata itu dan akui bahawa dia hanya memuat naik kandungan untuk menghiburkan diri untuk terus semangat menguruskan kehidupan keluarganya.
Baru-baru ini, Yoona telah memua tnaik video terbaru di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan Yoona tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila seorang fpengikut telah memberikan hadiah berupa laci baju. Wanita itu juga mendakap perabot itu beberapa kali sebagai tanda terima kasih. Wanita itu juga menjelaskan bahawa tidak mungkin dia dapat membalas jasa individu itu, namun dia mendoakan agar individu itu sentiasa dimurahkan rezeki.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan individu yang sanggup memberikan hadiah kepada Yoona. Di samping itu, ramai yang mendoakan agar Yoona sentiasa kuat dalam meneruskan kehidupannya. -CARI
Sumber: Tiktok Yoona Chie
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu terharu bila baca berita2 macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Td iols tgok die dpt peti ais plk..
Semoga murah rezeki yg menderma.
Ssh btol nk beli peti ais n bawak ke rmh die
Jauhh berbot siap..
Tp suke tgok die punye konten.
Xde la mcm fonder2 yg yihh sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Akak ni bahgia dengan cara dia yg tersendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 28-6-2022 02:58 AM
Td iols tgok die dpt peti ais plk..
Semoga murah rezeki yg menderma.
Ssh btol nk beli peti ais n baw ...
Iols nampak ada org komen video dia asik pakai tudung frozen tu je, tak basuh ke?
Iols rasa tu trademark takde hal pun nak pakai tudung sama je.
Sama mcm ume ckin dgn baju kotak2 dia dan lelain lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 28-6-2022 01:40 PM
Iols nampak ada org komen video dia asik pakai tudung frozen tu je, tak basuh ke?
Iols rasa tu tra ...
Hahaha
I xpasan pn tudung die
Biar la kn. Klo x basoh pn bkn nye bau kuar pn haha
Tp iols angka die baru 28 thun
Igtkn dah lbih
I suke tgok content die ok la kan jana pendapatan dr rmh
Iols baru je ade tt nie
Baru th rmaai dok menjual live tgh2 mlm ye
Si jasmin hamid pn rajin live mlm2. |
|
|
|
|
|
|
|
terus aku search akaun TT dia
sebab nak block
|
|
|
|
|
|
|
| |
|