CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Tempatan] Thailand enggan keluarkan surat kebenaran eksport lembu ke negara ini, bekalan kurang 30 peratus

[Copy link]
Post time 28-6-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Thailand enggan keluarkan surat kebenaran eksport lembu ke negara ini, bekalan kurang 30 peratus

https://www.utusan.com.my/nasion ... -kurang-30-peratus/

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
28 Jun 2022, 9:30 am


BEKALAN lembu untuk ibadah korban tahun ini dijangka berkurangan hingga 30 peratus ekoran keengganan Thailand mengeluarkan surat kebenaran eksport lembu ke negara ini. – UTUSAN/nazlina nadzari.

KANGAR: Bekalan lembu untuk ibadah korban tahun ini dijangka berkurang hingga 30 peratus ekoran keengganan Thailand mengeluarkan surat kebenaran eksport lembu ke negara ini.

Sebahagian besar bekalan daging di negeri ini membabitkan 80 peratus bekalan lembu import dengan 20 peratus sahaja tempatan.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan negeri, Abdullah Nayan berkata, masalah tersebut berlaku ekoran tempoh kuarantin lembu import yang ditetapkan selama 28 hari oleh kerajaan

Malaysia sebelum ini telah memberi kekangan kepada negara jiran itu.

Katanya, meskipun kerajaan Malaysia telah mengurangkan tempoh tersebut kepada 14 hari selepas itu, namun pihak Thailand sudah tidak mahu lagi membawa lembu masuk ke sini.

Ujarnya, alasan yang diberikan adalah mereka tidak dapat penuhi syarat yang ditetapkan.

“Oleh itu, kami menjangka bekalan akan berkurangan sehingga 30 peratus memandang­kan sebahagian besar bekalan daging di negeri ini membabitkan lembu import iaitu 80 peratus.

“Mungkin pada tahun ini ramai yang ingin menjalankan ibadah korban setelah dua tahun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun hasrat sebahagian besar mereka itu mungkin terbantut ekoran kekurangan bekalan,” katanya.

Tambah Abdullah, kebanya­kan lembu import yang digunakan untuk ibadah korban dibawa masuk dari Thailand berbanding Australia.

Ini kerana katanya, harga dari Thailand adalah lebih murah berbanding Australia.

“Harga lembu dari Thailand lebih kurang sama dengan harga lembu tempatan iaitu RM3,800 hingga RM5,700 seekor atau membabitkan berat 200 hingga 300 kilogram.

“Oleh kerana masalah bekalan yang tidak mencukupi, mungkin ramai yang tidak dapat melakukan ibadah korban tahun ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Adam Abdullah Kwan berkata, pihaknya belum mempunyai maklumat mengenai jumlah lembu dan ternakan ruminan untuk digunakan bagi menjalankan ibadah korban tahun ini.

“Mengikut rekod, Perlis mempunyai 357 penternak ruminan besar membabitkan 4,376 ekor lembu dan kerbau.- UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038310 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list