CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 0

[Politik] Radzi wakili Malaysia ke persidangan UNESCO

[Copy link]
Post time 28-6-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Radzi wakili Malaysia ke persidangan UNESCO


Radzi mengadakan pertemuan dengan Zamruni. - Foto Facebook Dr Radzi Jidin

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan mewakili Malaysia dalam Persidangan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Radzi dalam perkongsiannya di Facebook, memaklumkan beliau selamat tiba di Paris bagi menghadiri persidangan berkenaan yang bermula hari ini sehingga Khamis.

Beliau berkata, persidangan kali ini akan membincangkan mengenai Transformasi Pendidikan serta langkah yang boleh diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan.

"Beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja turut diadakan sepanjang berada di sini, khususnya berkaitan dengan transformasi pendidikan," katanya.

Dalam perkongsiannya itu, Radzi turut berkongsi gambar pertemuannya dengan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Zamruni Khalid.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -persidangan-unesco

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038738 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list