CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 8

[Politik] 'Saya lompat sebab tiada peranan dalam BERSATU'

[Copy link]
Post time 28-6-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode
'Saya lompat sebab tiada peranan dalam BERSATU'



Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga ADUN Segama


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, hari ini mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang disertainya sejak November tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, mendakwa mengambil tindakan itu kerana tidak diberi peranan dalam parti berkenaan.

Katanya, ia termasuk di kawasan Parlimen Lahad Datu yang diwakilinya berikutan semua hal parti itu hanya dikendalikan pemimpin sedia ada BERSATU.

"Keputusan keluar daripada BERSATU ini kerana saya tidak diberi peranan yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti itu sebelum ini.

"Saya dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun setelah lebih enam bulan tiada sebarang peranan yang diberikan," katanya pada sidang media di sini, pagi ini.

Mohamaddin yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya keluar daripada Parti Warisan (WARISAN) pada Oktober tahun lalu sebelum menyertai BERSATU sebulan kemudian.

Berikutan tindakannya itu, beliau kini kembali menjadi wakil rakyat bebas namun, katanya mengambil pendirian mesra kerajaan.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti lain selepas ini, perkara itu katanya belum difikirkan lagi.

Mengulas lanjut, tindakannya mengumumkan keluar BERSATU adalah atas kehendaknya sendiri tanpa berbincang dengan mana-mana pemimpin parti itu termasuk presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya tidak bincang dengan Muhyiddin atau mana-mana pemimpin BERSATU kerana ini hak saya," katanya.

Katanya, beliau juga tidak bimbang digelar 'katak' berikutan tindakannya yang kerap keluar parti kerana orang ramai tidak memahami apa yang ditanggungnya berada dalam parti yang tidak memberi apa-apa peranan kepadanya.

"Saya keluar WARISAN dan selepas itu saya masuk BERSATU, lepas enam bulan saya keluar BERSATU lagi. Banyak yang panggil katak lompat sana sini tapi rakyat tidak faham.

"Bayangkan apa jadi duduk saja dalam parti selama enam bulan, bukannya bertelur.

"Saya tidak bimbang pandangan orang ramai. Siapa panggil katak, kataklah panggil monyet, monyetlah.

"Kalau katak tiada pelajaran itu namanya di bawah tempurung tapi kalau ada pelajaran dia lompat di atas tempurung, untuk rakyat," katanya.





Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ranan-dalam-bersatu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 11:47 AM | Show all posts
katak sebegini elok dimasak dan diberi makan pada pemakan katak jah... motif keluar parti sebab nakkan jawatan n peranan... apa rakyat2 ko dekat lahad datu tu semua dah takdak masalah langsung ka utk kau jalankan peranan kau sbg ADUN...........
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:47 AM | Show all posts
bodo la ketepi ni..memang KATAK pun nak cakap pe lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:52 AM | Show all posts
sudah katak duduk diam diam ja...apa mau cakap...nanti org cakap bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:43 PM | Show all posts
sepenggal berapa kali nk lompat kongkang ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Who cares ?
Pergi mampos sama politaiks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 02:02 PM | Show all posts
ahli2 politik malaysia ni sampah2 semuanya...sebab tu orang asing tak berani nak melabur di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ah..kiram mai lahad datu...hang pi mana..awat x berjuang??? apa daaa......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 02:23 PM | Show all posts
aku ade tgk dlm tiktok pasal katak2 nie...

dorang jd katak sbb nk byr hutang yg dibuat....

cari tiktok jebat d$@#!%a..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040157 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list