CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 6

[Dunia] ‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara

[Copy link]
Post time 28-6-2022 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Sky Cruise mempunyai 20 enjin berkuasa nuklear. - Hashem Al-Ghaili/ Youtube


‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara

LONDON – Satu rakaman video mendapat perhatian netizen kerana memaparkan rekaan pesawat gergasi digelar  ‘hotel terbang’ yang boleh membawa sehingga  5,000 penumpang  dalam  satu masa, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Hotel dalam pesawat dinamakan Sky Cruise itu mempunyai 20 enjin berkuasa  nuklear.

Pengendaliannya menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI) serta direka untuk tidak mendarat.

Menurut laporan, penumpang yang ingin menaiki Sky Cruise akan dibawa oleh pesawat konvensional, manakala  semua kerja pembaikan akan dijalankan ketika pesawat mega itu berada di ruang udara.

Pereka prototaip pesawat gergasi tersebut, Hashem Alghaili berkata, Sky Cruise bakal menjadi pengangkutan masa depan dunia.

Apabila ditanya mengenai bilangan juruterbang  yang diperlukan  untuk mengemudi  pesawat tersebut, beliau berkata: “Ketika adanya teknologi canggih sebegini, anda masih mahukan juruterbang? Sky Cruise akan berfungsi secara automatik.”

Video promosi pesawat tersebut turut memaparkan beberapa kemudahan yang akan disediakan termasuk pusat beli-belah, gimnasium, pawagam dan kolam mandi.

Rekaan pesawat itu bagaima­napun mendapat kritikan sesetengah pihak dengan ada yang mendakwa bahawa sekiranya pesawat dijana reaktor nuklear itu terhempas, ia mampu memusnahkan sebuah bandar.

“Idea yang ‘bagus’ untuk meletakkan reaktor nuklear pada sesuatu yang boleh rosak dan jatuh dari langit,” kata seorang netizen secara sinis. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... percutian-di-udara/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak video         
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:33 PM | Show all posts
Apa seronoknya percutian macam tu tetap masih terkurung dalam badan pesawat
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:11 PM | Show all posts
kapal ini akan jatuh juga, entah siapa yang bernasib buruk jatuh bersama ...

dan 20 enjin berkuasa nuklear di udara ni bolehker, tak berat ka reaktor nuclear tu.. enjin mungkin ada 20 tp reaktor cuma sebiji, rosak reaktor tu hancurlah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:31 PM | Show all posts
Jika mampu apa salahnya cuba percutian yang keren ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:47 PM | Show all posts
agenda aluminium nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 02:16 PM | Show all posts
selagi ada gravity, gaseous , wind and moisture , earth rotation , selagi itu lah ciptaan ni akan jadi khayalan sahaja. Baik buat hotel kat space station sana tu atau develop bulan jadikan housing estate ker..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063432 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list