CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

Suami Isteri Warga Emas Sorok Dadah Di Dapur

[Copy link]
Post time 28-6-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Sepasang suami isteri ditahan susulan penemuan dua ketulan mampat disyaki ganja di sebuah rumah pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Amran Mohd Ghani berkata, kedua-dua suspek berusia 64 dan 59 tahun itu ditahan pada jam 1.15 pagi oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah.




Sinar Harian




"emeriksaan dalam rumah tersebut telah menjumpai dua ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 923.10 gram yang disorok di bahagian dapur.


"Siasatan awal mendapati lelaki itu bekerja sebagai buruh manakala isterinya kerja di kedai makan," katanya kepada media pada Isnin.


Menurutnya, dadah yang dijumpai dipercayai digunakan oleh lelaki terbabit dan turut dijual kepada rakan-rakannya di sekitar daerah Kuala Pilah.


Amran berkata, dadah itu diperoleh dari kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur dan suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan itu sejak sebulan lalu.


"Nilai rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM3,500, turut dirampas dua buah motosikal, barang kemas dan wang tunai RM490.


"emeriksaan ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap lelaki terbabit mendapati dia positif dadah," katanya.


Beliau berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.065478 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list