CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Tempatan] Penghijrahan masyarakat dari luar, kepadatan cabaran kehidupan mapan di Selangor

[Copy link]
Post time 28-6-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode

Ng Sze Han berkata, kerajaan Selangor menjadikan sustainable living sebagai menjadi agenda utama dengan berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan dan komuniti untuk mempunyai misi hala tuju kehidupan berdaya huni yang sama.

KATOWICE (POLAND): Kepadatan penduduk menjadi antara cabaran terbesar negeri Selangor untuk mewujudkan kehidupan yang mapan.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri menjadikan sustainable living sebagai menjadi agenda utama dengan berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan komuniti untuk mempunyai misi hala tuju kehidupan berdaya huni yang sama.
Menurut Sze Han, peluang pekerjaan menjadi penyumbang utama kepada penghijrahan masyarakat ke Selangor khususnya di kawasan Greater Lembah Klang.


Ini seterusnya, kata beliau, menyumbang masalah kesesakan lalu lintas dan pengurusan sisa pepejal.
“Apabila kepadatan penduduk itu tinggi, kita akan lihat kesesakan lalu lintas yang menyumbang pelepasan karbon yang lebih banyak dan juga sampah juga makin bertambah.

“Untuk memastikan adanya kehidupan yang mapan, kerajaan negeri menerusi agensi dan PBT telah ada perancangan untuk mengawal situasi ini dengan lebih baik,” kata beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui selepas perasmian Pavilion Selangor di World Urban Forum ke 11 (WUF11) di sini, hari ini.
Kerajaan Selangor juga, jelas Sze Han, akan melancarkan Rancangan Selangor Pertama pada bulan depan yang meletakkan matlamat mewujudkan kehidupan berdaya huni yang inklusif

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035150 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list