CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Kedah] Penduduk di kawasan rendah, dekat sungai perlu bersedia

[Copy link]
Post time 12-7-2022 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan jambatan yang runtuh di Kampung Iboi selepas dilanda banjir lumpur. FOTO ARKIB NSTP

Alor Setar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menasihatkan penduduk di negeri ini yang tinggal di kawasan rendah serta berhampiran sungai supaya berwaspada dan bersedia untuk berpindah sekiranya hujan lebat berterusan melebihi tiga jam.

Sejak semalam, beberapa daerah termasuk Kota Setar, Kubang Pasu dan Baling dilanda hujan lebat namun tiada kejadian banjir kilat dilaporkan setakat ini.

Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, ini berdasarkan notis ramalan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan hujan lebat dijangka berlaku di kawasan utara Semenanjung sehingga esok.


Beliau berkata, APM Kedah juga bersedia menghadapi banjir di negeri ini termasuk sekiranya kejadian kepala air berulang di Gunung Inas, Baling.

"Beberapa daerah di negeri ini turut terkesan akibat hujan lebat sejak semalam selain beberapa negeri utara termasuk di Pulau Pinang, Perak Dan Perlis.

"Namun kita tetap bersiap sedia sekiranya hujan lebat berlaku di negeri ini dan tumpuan bukan saja dilakukan di daerah Baling tapi daerah lain seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Kulim dan Bandar Baharu.

"Tumpuan juga turut diberi di Pulau Langkawi selain daerah lain yang mempunyai kawasan berisiko berlakunya banjir.

"Oleh yang demikian, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan hampir dengan sungai dinasihatkan supaya segera berpindah sekiranya air sungai sudah melebihi paras bahaya apabila hujan lebat melebihi tiga jam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, setakat ini 140 pegawai dan anggota APM Kedah berada di Baling sejak hari kejadian kepala air pada 4 Julai lalu dan jumlah itu sudah memadai setakat ini.

"Anggota APM yang sebelum ini turut terbabit dalam tugas penyelamatan mangsa banjir kini beralih kepada tugas pembersihan pasca banjir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngai-perlu-bersedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.662917 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list