CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3907|Reply: 2

SEKOLAH ASRAMA SELANGOR

[Copy link]
Post time 13-7-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru2 ni aku pergi sekolah asrama dekat Selangor dalam pukul 12 lebih pagi. Janganlah korang tanya "boleh ke orang luar masuk lepas pukul sekian2".

Kawasan sekolah tu memang gelap. Takde pun

Aku call kakak aku tolong panggil adik guard suruh bukak gate depan. Sementara aku tunggu dekat depan gate, aku tengok jugak dekat pondok jaga tu. Sebab aku tak berani nak pandang cermin belakang, cermin kiri kanan kereta.

Tetiba aku ternampak ada orang berlari dari pondok jaga ke gate depan. Pakai baju putih. Aku tak fikir apa sebab aku ingatkan adik guard. Lama jugak aku tunggu, tak bukak2 jugak gate. Dalam hati aku mana pulak budak ni pergi. Kemain lama nak bukak gate padahal tadi kemain laju berlari.

Aku pun turun kereta. Dari jauh aku nampak adik guard tu melenggang je dtg dekat gate. Dalam hati, pekik jugak sebab tadi dia dah lari depan gate, ni bila muncul, datang dari arah lain. Sumpah aku tak fikir apa.

Masa dia bukak gate, aku tanya kerja berapa orang. Dia kata sorang, aku pulak tanya balik, tadi mana menghilang lepas berlari dekat depan gate. Dia buat muka terkejut, lepas tu dia jawab la dia dari asrama lelaki. Memang dari tadi takde dekat pondok jaga. Dia cerita banyak kali dia kena kacau dekat pondok haga. Sebab tu dia lagi suka merayau dekat kawasan sekolah berbanding tunggu dekat pondok jaga.

Masa dia mula2 masuk kerja, selalu kena kacau. Tapi sekarang ni dah biasa cuma tak tahan bila penat tu, "benda" datang menyakat. Takat situ je la dia cerita, aku pun malas nak lama2 dekat sekolah tu, balik tido lagi best.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 10:43 AM | Show all posts
cerita hantu asrama sekolah Selangor jer ke ?  sekolah negeri lain boleh ?
saja nak share sikit hantu asrama sekolah anak kaka twins.  sekolah sukan di Perak.
anak kaka twins ni sejak kesan dia kena histeria lepas main lagu Ulik Mayang (ada kaka tulis dalam benang kat sini) hijab dia terbuka... tp Alhamdulillah dia mampu kontrol rasa takut dia (kaka ambil petua dari Ilah Khatabrani otai dalam board MPS ni).  

Salah satu cerita anak kaka...
Asrama Putri & Asrama Putra kedudukannya berhadapan.  tetapi dipisahkan oleh bangunan setingkat dewan makan & dewan serbaguna.  Jadi boys & girls kalau melepak kat koridor tu boleh jer menjerit2 antara satu sama lain.  kawan anak kaka twins ni bawa handphone.. suka la gayut ngan bf dia kat asrama putra tu sambil berpandangan ke arah masing2 sorang di koridor Asrama Putri sorang di koridor Asrama putra... Satu malam tu..kawan dia ni bergayut agak lewat dengan bf dia... warden tak der la kot tu jd dah pkl 12 mlm msh bersidai kat koridor tu.  kebetulan anak kaka nak gi toilet.. dia nampak di sebelah bf kawan dia yg tengah dok bergayut tu ada "makhluk" lain dok menyendeng sama.. berdiri sebelah mcm tengah mendengar perbualan dorang.  anak kaka perhati betul2 "siapa" pulak tu... kemudian anak kaka bgtau kawan dia supaya end the conversation & suruh bf dia masuk dorm.  mula2 kawan dia marah sbb kacau org tengh "bercinta".. anak kaka kata, baik suruh bf ko masuk sbb dia bukan sorang kat situ.. sebelum jadi apa-apa baik suruh dia masuk.  kawan dia dah cuak sbb mata kasar mmg bf dia sorang.  kawan anak kaka ni mmg tau anak kaka boleh nampak benda2 ni.  so dorang cepat2 end the conversation.  according to anak kaka, benda yg menyendeng tu dia tak pernah jumpa kat asrama sebelum ni.. tu first time... setinggi lelaki dewasa.. hitam terbakar.. muka dia berkerak dengan rekahan berapi... tp nasib baik lah bf kawan dia tu tak jadi apa2....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:49 AM | Show all posts
Edited by twins at 18-7-2022 10:51 AM

Masa malam anak kaka kena histeria dulu.. sewaktu kaka di suruh bawak dia balik dari asrama masa tu dah tengah malam .. pukul 12 lebih. lalu depan asrama putri di belakang dewan makan anak kaka nangis2 peluk kakak mengigil..dia dok sebut takut ibu... takut ibu... esoknya kaka tanya dia apa yg dia nampak dia kata .. perempuan tua, mata merah.. rambut menggerbang mcm rambut hantu kaklimah tu.  infact masa sampai jer depan rumah... (rumah taman) depan tu hutan & bukit sbb kami lane yg last... dia nangis lagi sebab katanya kat celah2 pokok pisang tu ada beberapa mengintai cuma benda tu terpisah oleh monsun drain yg besar & pagar jd dia tak boleh datang dekat.   tapi meremang jugak la tengkok kaka masa dia cakap tu sbb dah tengah malam kan.  Kaka buat petua org2 tua... anak kaka & suami masuk dulu .. masa kaka nak masuk pagar rumah (kaka last) kaka toleh belakang dengan suara kuat kaka cakap "cukup sampai sini ko ikut aku... pegi balik ke tempat kamu... ini rumah aku, aku tak izinkan ko masuk".. kemudian baru kaka kunci pagar & masuk rumah.  ini mmg petua org2 tua kalau kita balik tengah malam... kalau rasa cuak seperti ada yg mengikut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041954 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list