CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 1

[Kelantan] Pasangan kekasih didakwa membunuh

[Copy link]
Post time 14-7-2022 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Kekasih didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemuda di perkuburan lama Islam Kampung Gondang, Ketereh antara 10 malam pada 14 Mei hingga 1 pagi 15 Mei lalu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemuda di Kampung Gondang, Ketereh Mei lalu.


Maizatul Shima Abdullah, 21, dan Muhammad Zaim Syakir Shaari, 20, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar dan tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, kedua-kedua tertuduh secara bersama dengan niat melakukan kesalahan bunuh hingga menyebabkan kematian Muhamad Fahmi Adli Mat, 24, dengan menetak tubuh badan mangsa menggunakan parang.


Kesalahan itu dilakukan di kawasan perkuburan lama Islam Kampung Gondang, Ketereh antara jam 10 malam pada 14 Mei hingga jam 1 pagi 15 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yusnaliza Mohammad Yusoff dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan forensik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ih-didakwa-membunuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif ya? Rasa banyak jenayah bunuh ni tapi tak reveal pun motif & kisah sebenar kat akhbar. Awal2 kena dakwa tu je hype & lama2 orang pun tak dan nak follow. Dan sebab nak jaga aib mangsa & keluarga juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.048766 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list