CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 0

[Pulau Pinang] JKM cari waris bayi lelaki

[Copy link]
Post time 14-7-2022 11:52 PM | Show all posts |Read mode
JKM cari waris bayi lelaki
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 14 Julai 2022




Bayi lelaki yang ditinggalkan oleh ibunya di Hospital Seberang Jaya.


BUKIT MERTAJAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan waris bayi lelaki berusia tiga bulan yang menjadi mangsa pengabaian ibu kandungnya.


Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Tengah, Mohd Noor Ahmad berkata, bayi itu ditinggalkan ibu kandungnya selepas dilahirkan pada 23 Mac lalu di Hospital Seberang Jaya.


Menurutnya, ibu kandung bayi itu yang dikenali sebagai Anggitha Dwinandha merupakan warga Indonesia telah meninggalkan anaknya di Hospital Seberang Jaya mulai pertengahan April dan usaha menjejaki Anggitha Dwinandha gagal.


"Bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan pramatang dan dirujuk oleh pihak Hospital Seberang Jaya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Tengah pada 9 Mei lalu," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.


Waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak daerah Seberang Perai Tengah, Mohd Noor di talian 04-538 2584.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-waris-bayi-lelaki
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.100561 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list