CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 437|Reply: 1

[Kedah] Polis gempur flat 'Columbia', 42 ditahan

[Copy link]
Post time 15-7-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Polis gempur flat 'Columbia', 42 ditahan


Seramai 42 individu yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk lapan daripadanya dikehendaki polis ditahan dalam operasi besar-besaran di sebuah kawasan flat, di sini. - Foto ihsan PDRM


SUNGAI PETANI: Polis menggempur sebuah kawasan flat di sini, yang menjadi sarang pengedaran dan penagihan dadah menerusi Op Cantas Khas Muda selama dua hari, berakhir semalam.

Operasi itu membabitkan lebih 400 anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Bahagian Siasatan Jenayah seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 dan 2.

Kawasan terbabit turut dikenali jolokan flat 'Columbia' dan digelar penduduk 'kubu' bagi aktiviti terlarang.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata operasi besar-besaran itu berjaya menahan 42 individu iaitu 36 lelaki dan enam wanita ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk lapan individu dikehendaki.

"Operasi ditumpukan di kawasan berkenaan susulan aduan daripada pelbagai pihak termasuk penduduk setempat yang mendakwa flat terbabit menjadi sarang pelbagai aktiviti jenayah.

"Selain itu, kita turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup, dawai tembaga dan air ketum serta turut mengeluarkan 78 saman trafik.

"Hari pertama operasi adalah serbuan sasaran yang tertumpu kepada orang dikehendaki serta gangsterism, kontraban, bengkel haram, judi, sarang penagih dan ketum serta masalah sosial.

"Sementara hari kedua pula kita namakannya sebagai serbuan 'house to house', yang mana hampir 600 rumah diperiksa," katanya di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata, kejayaan operasi itu membuktikan yang kawasan terbabit bukan 'kubu' yang sukar untuk ditembusi pihak berkuasa seperti tanggapan masyarakat setempat sejak dahulu.

"Pemeriksaan kita juga mendapati kawasan ini sebenarnya dijadikan transit oleh individu dari luar flat yang mahu melakukan jenayah.

"Kita tidak menafikan memang ada aktiviti jenayah di situ, namun ia dilakukan penjenayah yang cuba mengambil kesempatan disebabkan flat terbabit yang sedia 'panas' (dengan jenayah) sejak dahulu," katanya.

Beliau memberitahu operasi sebegitu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung penularan jenayah terutama bagi lokasi panas.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... columbia-42-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 08:56 PM | Show all posts
sampai abis aku bc tp xtau flet  tu kt mn....yelah kt sp...tp kt mn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041214 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list