CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Pulau Pinang] PBS Paya Terubong perlukan dana RM250,000

[Copy link]
Post time 16-7-2022 03:17 PM | Show all posts |Read mode

Kon Yeow (enam dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Kok Beng bagi membantu membaiki kerosakan yang berlaku pada Balai PBS Paya Terubong.

GEORGETOWN - Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Paya Terubong memerlukan dana RM250,000 bagi membaiki kerosakan struktur bumbung premis selepas ditimpa pokok dalam kejadian hujan lebat pada 1 Jun lalu.

Pengerusi PBS Paya Terubong, Cheah Kok Beng berkata, dana itu amat diperlukan bagi membolehkan pasukannya menjalankan semula operasi mereka di balai berkenaan sekali gus dapat memberi perkhidmatan sukarela kepada masyarakat di negeri ini

"RM250,000 adalah anggaran kos projek membaik pulih struktur balai sahaja dan tidak termasuk kos membaiki kerosakan salah sebuah jentera milik pasukan yang turut rosak akibat kejadian itu.

"Kita memang mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk menampung kos membaiki kerosakan yang dialami akibat kejadian ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan daripada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Sabtu.

Pada majlis berkenaan Kon Yeow menyerahkan bantuan RM50,000 sumbangan daripada peruntukannya sendiri kepada pertubuhan tersebut.

Kon Yeow ketika ditemui berharap lebih ramai individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat tampil menghulurkan bantuan berwajib kepada pertubuhan tersebut.

“Disebabkan sumbangan ini masih tidak mencukupi, saya berharap lebih ramai individu, NGO dan syarikat korporat akan tampil bagi menghulurkan bantuan,” katanya.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong dan ADUN Air Itam, Joseph Ng Soon Siang yang masing-masing menyalurkan sumbangan berjumlah RM30,000.


Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh turut menyampaikan sumbangan RM50,000.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lukan-dana-RM250000
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.271855 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list