CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 695|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis nafi berlaku kes cabul libatkan kanak-kanak perempuan

[Copy link]
Post time 16-7-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Polis nafi berlaku kes cabul libatkan kanak-kanak perempuan
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 16 Julai 2022




Tangkap layar di laman facebook berhubung dakwaan berlaku kejadian cabul melibatkan seorang kanak-kanak perempuan.


BUKIT MERTAJAM - Polis menafikan berlaku kejadian cabul melibatkan seorang kanak-kanak perempuan seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, polis telah mengambil keterangan ibu kanak-kanak terbabit yang menafikan kejadian itu selain mengakui lelaki dalam gambar terbabit telah dianggap seperti ahli keluarga.


Menurutnya, polis juga telah menerima dua laporan daripada lelaki yang didakwa mencabul kanak-kanak itu selepas gambarnya tular di media sosial sejak Jumaat.


"Kita telah mengambil keterangan lelaki berusia 80-an itu dan beberapa saksi.


"Lelaki dan kanak-kanak itu tinggal dalam satu kawasan perumahan dan saksi-saksi mengesahkan yang lelaki itu nyanyuk dan tidak boleh berkomunikasi dengan baik," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Pada Jumaat, tular satu hantaran bersama beberapa keping gambar di laman facebook yang meminta orang ramai berhati-hati dengan seorang lelaki yang didakwa suka mencabul kanak-kanak.


Gambar yang tular itu memaparkan lelaki warga emas sedang memeluk kanak-kanak dan melakukan perkara tidak senonoh terhadap seorang kanak-kanak.


Sementara itu, Cheng San mengingatkan orang ramai agar tidak membuat hantaran di laman sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan masyarakat.


Beliau berkata, tindakan tular sesuatu perkara yang tidak sahih dan sah merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Katanya, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... nak-kanak-perempuan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.177838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list