Tiga maut, tiga parah dalam nahas awal pagi
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 17 Julai 2022
Kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu difahamkan melibatkan motosikal dan kereta yang mengorbankan tiga maut manakala tiga lagi parah.
GEORGETOWN- Tiga maut manakala tiga lagi dipercayai parah setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada awal pagi Ahad.
Difahamkan kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala mangsa yang parah dirawat di hospital sama.