Berkuatkuasa 1 Julai lalu, kerajaan menarik semula subsidi barangan makanan iaitu telur ayam dan minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua hingga 5 kg.
Tujuan kerajaan membuat keputusan tersebut adalah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil selain menstabilkan harga dalam jangka masa panjang.
Kesan dari penarikan semula subsidi ni akan meningkatkan tekanan hidup rakyat di mana rakyat terpaksa ikat perut.
Selain dari berita kenaikan gaji Pengerusi Felda Felda Global Ventures, terbaru, ketika ramai rakyat Sabah hidup dalam kedaifan dan murid sekolah perlu berhadapan dengan hari sukar disebabkan infrastruktur jalan yang teruk, DUN Sabah meluluskan pula usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, ADUN dan anggota pentadbiran negeri yang lain.
Dalam pada itu, khabarnya kerajaan akan menarik pula subsidi elektrik seperti yang dikongsi pengguna Twitter ini.
Kredit foto - Twitter
Ciapan ini membuat netizen berasa berang dengan pimpinan kerajaan sekarang yang dilihat tidak menjaga kebajikan rakyat. Mereka mempersoalkan mengapa gaji menteri perlu dinaikkan ketika rakyat sedang menghadapi masalah ekonomi dan harga barangan yang kian meningkat, malah mahu menarik subdisi elektrik pula.
Kredit foto - Twitter
Nampaknya kita rakyat Malaysia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika rakyat terjejas akibat penularan Covid-19 yang membawa kepada kehilangan pekerjaan dan perniagaan, selain kesan tambahan berikutan bencana banjir baru-baru ini, ditarik pula subsidi.
Impak dari penarikan tersebut, inflasi akan terus berlaku dan nilai matawang kita akan semakin mengecil. Dan paling menyedihkan kita tak mampu untuk mengawalnya. Keputusan kerajaan Keluarga Malaysia ini seolah olah meletakkan semua beban kos hidup harian tu kepada rakyat.
Apa yang kita mampu, hanyalah rancang kembali kewangan kita dan jaga nilai aset kita. Persiapan untuk inflasi mendatang.
Sementara itu, satu penyelesaian bersifat holistik perlu dibuat kementerian-kementerian terlibat. Kita guna falsafah mudah. Kau jaga perut rakyat, rakyat akan jaga kau semula. -CARI
|