CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 1

[Pahang] Rangka ditemukan, dipercayai orang hilang sejak Oktober 2021

[Copy link]
Post time 24-7-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN sebelum ini.

Kuantan: Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas semasa dia mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi tadi.

"Kenderaan itu mempunyai kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan selain pemeriksaan di dalamnya menemukan mayat yang diselaputi lumpur serta pas pekerja yang didaftarkan atas nama Muhammad Iman Aqmar.

"Siasatan awal terhadap nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan yang dibuat di Pasir Gudang, Johor oleh ahli keluarga lelaki bernama Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.


Mohd Zaidi berkata, rangka mayat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat manakala kenderaan itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi siasatan lanjut.

Pada 30 Oktober tahun lalu, seorang wanita, Asmawati Kadir, 55, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya Muhammad Iman Aqmar, 24, yang didakwa gagal dihubungi selepas keluar rumah di Johor sekitar 1 pagi, 29 Oktober 2021 untuk ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Semasa itu, Muhammad Iman Aqmar dikatakan memandu Nissan Grand Livina seorang diri dan ahli keluarganya memuat naik gambar mangsa serta kereta itu di media sosial bagi meminta bantuan orang awam mencarinya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sejak-oktober-2021
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 03:38 PM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Mungkin terbabas ni. Lama tu tenggelam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062415 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list