View: 2760|Reply: 7
|
[SEJARAH]
Apa Beza Orang Hindu Bali Dengan Orang Hindu Lain?
[Copy link]
|
|
Apa Beza Orang Hindu Bali Dengan Orang Hindu Lain?
Semua orang tahu di Indonesia, Islam merupakan agama anutan majoriti 273 juta penduduknya. Selain Islam, agama lain yang diiktiraf di negara republik itu ialah Hindu, Buddha, Kristian (Roman Katolik dan Protestan) dan Confucianisme. Tetapi ada satu fakta yang menghairankan: mengapa ramai penganut Hindu tertumpu di pulau pelancongan terkenal, Bali?
Bagi menjawab persoalan itu, kita perlu menelusuri sejarah Indonesia terlebih dahulu atau lebih tepat Empayar Majapahit. Wujud pada akhir abad ke-13, ia merupakan empayar Hindu terakhir yang wujud di rantau Melayu. Kerajaan itu mula mencapai kegemilangan semasa era pemerintahnya Hayam Wuruk (1350-1389) dan wazirnya, Patih Gajah Mada (1313–1364) termasuk jajahan takluk yang luas dari sebahagian Sumatera hinggalah Papua dan Maluku.
Bagaimanapun, menjelang akhir abad ke-15 dan awal abad ke-16, kerajaan Majapahit yang dikenali sudah tiada. Selepas kemangkatan Hayam Wuruk, kerajaan tersebut berdepan tempoh kemerosotan termasuk krisis perebutan kuasa. Dengan kesultanan-kesultanan Islam muncul di tanah Jawa termasuk Demak dan Banten, saki-baki pembesar dan orang Hindu memilih berhijrah ke sebelah sebelah timur termasuk Bali untuk membina kehidupan baru.
Kerajaan Bali ini kemudiannya menjadi sebuah kerajaan Hindu yang bebas dan wujud selama lebih 300 tahun. Ini disebabkan di sebelah timur, kerajaan Blambangan yang terletak di Jawa Timur berjaya menangkis sebarang cubaan mana-mana kesultanan untuk menyerapnya sebagai tanah jajahan. Blambangan yang juga berfahaman Hindu mendapat sokongan daripada jiran mereka di Bali setiap kali serangan berlaku.
Di sebelah barat pula, Bali bernasib baik kerana kerajaan di Nusa Tenggara dan Lombok tidak bersatu. Jika mereka bersatu, sudah pasti kerajaan ini akan menjadi sasaran dan diserap sebagai jajahan takluk mereka. Tetapi semua itu berubah dengan kehadiran Belanda di pulau berkenaan pada 1906.
Apabila angkatan perang Belanda diketuai Mejar Jeneral Rost van Tonningen menuntut pihak Bali menyerah diri, para pemerintah, pembesar dan rakyat yang berdepan dengan mereka memilih untuk menolak. Mereka lebih suka melakukan puputan (kematian secara terhormat) daripada menyerah. Serangan 1906 ini menyaksikan lebih seribu orang terbunuh tetapi turut mendedahkan hipokrasi Belanda sebagai kuasa Eropah yang kononnya ada hati perut terhadap orang tempatan.
Mayat-mayat orang tempatan yang terlibat dalam puputan sebelum menjadi mangsa serangan senjata api Belanda pada 1906.
Disebabkan pendedahan pelbagai jenayah kemanusiaan yang dilakukan pihak Belanda semasa di Bali, ia mengundang kecaman di peringkat antarabangsa. Bagi mengelak malu, dasar etika Hindia Timur Belanda diperkenalkan di mana aspek kebajikan dan kebudayaan penduduk dipelihara termasuk di Bali. Dengan pengenalan polisi ini, ia secara tidak langsung melindungi budaya dan agama Hindu Bali yang kita kenali hari ini.
Dan ini membawa kepada perbezaan Hindu Bali dengan amalan agama Hindu di tempat lain. Bukan sesuatu asing ajaran Hindu digabungkan dengan budaya dan tradisi keagamaan orang tempatan dengan hal sama berlaku di Bali. Hindu Bali menyaksikan ajaran Hindu digabungkan dengan elemen Buddhisme dan animisme (kepercayaan kepada makhluk halus dan roh).
Selain itu, Hindu Bali turut dipengaruhi oleh tekanan daripada undang-undang keagamaan Indonesia selepas negara itu mencapai kemerdekaan. Mengikut prinsip Pancasila Indonesia, hanya agama yang mempunyai satu Tuhan saja yang diiktiraf oleh kerajaan. Dan ini mengundang masalah kepada penganut Hindu Bali kerana dari sudut agama, agama itu mempunyai banyak dewa-dewi dengan tradisi tersebut diamalkan sehingga hari ini.
Jadi, sebagai kompromi dan memastikan agama Hindu diiktiraf oleh kerajaan Indonesia, sedikit perubahan telah dibuat. Pertama, Hindu Bali menyembah satu Tuhan utama yang dikenali dengan nama seperti Ida Sanghyang Widi Wasa, Sang Hyang Tunggal atau Sang Hyang Acintya. Kedua, semua dewa-dewi yang dinyatakan seperti Shiva, Vishnu dan Shakti merupakan sifat berbeza yang dimiliki dewa utama yang sama.
Dari segi cara hidup, orang Hindu Bali berbeza dengan orang Hindu biasa. Misalnya, pengamal Hindu biasa yang berpegang kuat kepada ajaran agama mengamalkan pemakanan tanpa daging (vegetarian). Ini sama sekali berbeza di Bali di mana mereka boleh makan ayam, babi dan makanan laut. Bagi individu yang berasal dari kasta Brahmin dan Kshatriya, mereka bukan saja jarang menyentuh babi. Malah, mereka tidak dibenarkan makan di tepi jalan, minum arak atau makan makanan yang didedikasikan untuk upacara keagamaan.
Kelakuan orang Hindu Bali semasa upacara keagamaan dengan penganut Hindu lain terutama di India macam langit dengan bumi. Sumber: Eric Bajart/CC BY-SA 3.0
Selain itu, orang Hindu Bali dilihat lebih berdisiplin dan bersopan santun semasa upacara keagamaan dijalankan berbanding orang Hindu biasa. Apabila ritual keagamaan dimulakan, mereka akan senyap dan mengikuti perjalanan upacara keagamaan dengan khusyuk. Ini sama sekali berbeza dengan pengamal Hindu lain terutama di India yang tidak menghormati sesebuah ritual terutama menjerit apabila pendeta-pendeta Hindu membacakan doa-doa tertentu.
Begitu juga dari segi keraian seperti sambutan Tahun Baru Hindu. Tidak seperti sambutan tahun baru biasa yang bising dan meriah seperti Ugadi, Losar dan Buisu, orang Hindu Bali lebih suka meraikan Nyepi. Nyepi atau Hari Berdiam merupakan hari di mana mereka tidak melakukan semua aktiviti bersifat keduniaan pada hari tersebut.
Keadaan Pantai Sanur, Bali yang sunyi pada Hari Nyepi.
Mengikut kepercayaan mereka, semangat jahat atau ogoh-ogoh akan meninggalkan Bali pada Hari Nyepi. Ini kerana ogoh-ogoh percaya apabila tiada aktiviti atau interaksi manusia berlaku pada hari itu, mereka menyangka pulau tersebut telah ditinggalkan. Tanpa kelibat manusia yang sentiasa menjadi sasarannya, ogoh-ogoh akan meninggalkan Bali selepas terpedaya dengan helah Nyepi berkenaan.
Bali bukan saja terkenal sebagai destinasi pelancongan yang cantik dan eksotik. Tetapi ia juga merupakan tempat di mana keunikan komunitinya terutama dari segi amalan agama mereka yang terus bertahan sehingga hari ini. Siapa sangka kejatuhan Majapahit sekitar akhir abad ke-15 menjadi pencetus kepada kewujudan Hindu Bali yang dikenali kini.
RUJUKAN
Anand, K. (2021, 28 Julai). How Did Bali Remain A Hindu Island?. Medium.
Lisa’s vivid Writing. (2020, 8 April). Balinese Hinduism Explained. Medium.
Rahman, T. Kenapa Hindu di Bali Berbeda dengan Hindu di India? Ini Penyebabnya. Phinemo.
Sumber:https://www.thepatriots.asia/apa ... n-orang-hindu-lain/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rindunya nak ke Bali lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SalenaGomez at 26-7-2022 09:08 PM
Setuju…hindu bali x sama hindu kat india..pernah SG pergi bali time cuti deepavali…borak laa dgn tourist guide kat sana, skrg bali tgh sibuk festive deepavali ke? rupanya diorg x sambut n dr situ baru SG tahu yg depa berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
Thaipusam pun depa taktau padia...
|
|
|
|
|
|
|
|
seolah2 agama dorg ni ikut acuan dorg
mcm inovasi
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat bali tu makanan halal senang dapat tak..memandangkan tak pernah pergi dan majoriti hindu la kan |
|
|
|
|
|
|
|
epullipan replied at 9-8-2022 04:37 PM
kalau kat bali tu makanan halal senang dapat tak..memandangkan tak pernah pergi dan majoriti hindu l ...
Banyak juga halal. Pernah pergi dengan kakak. Walaupun tour guide kitorang Hindu, dia bawa kitorg kat sume tpt halal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|