CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Terengganu] Amang seksual terhadap anak saudara, lelaki dipenjara 4 tahun, dua sebatan

[Copy link]
Post time 26-7-2022 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya yang berusia tujuh tahun ketika kejadian, pada 2019.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 55 tahun dan bekerja sendiri itu didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Selain itu, tertuduh turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berusia tujuh tahun lapan bulan di sebuah rumah di Marang pada Julai 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.


LELAKI dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. FOTO Ghazali Kori.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 4-tahun-dua-sebatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057973 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list