CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Kelantan] Tak sempat seludup minyak masak...

[Copy link]
Post time 30-7-2022 10:54 PM | Show all posts |Read mode
Tak sempat seludup minyak masak...

PEGAWAI KPDNHEP Kelantan menunjukkan sejumlah kotak yang mengandungi 595kg minyak yang dirampas. FOTO Ihsan KPDNHEP


Tumpat: Cubaan seorang penyeludup melarikan diri dengan masuk ke lorong sempit ternyata gagal apabila kenderaan yang dipandunya berjaya dipintas pihak berkuasa.

Cubaannya diteruskan lagi apabila dia bertindak keluar dari kereta jenis Proton Wira Aeroback dengan memasuki semak berhampiran dan meninggalkan keretanya yang memuatkan sejumlah minyak masak.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pemeriksaan dalam kereta yang ditinggalkan itu menjumpai 595 kilogram (kg) minyak masak paket yang dianggarkan bernilai RM1,487.50.

"Tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota KPDNHEP bersama pasukan peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di Kampung Talak, jam 11.30 malam tadi.

"Semasa menjalankan rondaan di jalan utama Cabang Empat, kami terserempak kereta terbabit yang dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya.

"Sebaik menyedari diekori, pemandunya memecut kenderaan dan terus memasuki lorong sempit di kawasan perumahan Kampung Talak tapi berjaya dipintas sebelum berhenti di hadapan rumah tanpa nombor. Bagaimanapun pemandunya melarikan diri ke arah semak," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Aswadi berkata, minyak masak paket yang dirampas itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram di Sungai Golok, Pengkalan Kubor.

Menurutnya lagi, semua minyak masak itu diperoleh dari luar Kelantan bagi mengaburi pandangan pihak berkuasa.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

"KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang melanggar undang-undang dan mereka akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eludup-minyak-masak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.044317 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list