CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

[Kelantan] Dua lelaki warga asing direman seleweng barang kawalan

[Copy link]
Post time 6-8-2022 03:13 PM | Show all posts |Read mode

Dua lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an direman empat hari bermula Sabtu selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan barangan kawalan.



TANAH MERAH - Dua lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an direman empat hari bermula Sabtu selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan barangan kawalan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Tuan Mohd Izuddin Mohd Shukri di Majistret Machang.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, pada petang Jumaat pihaknya menerima dua kes serahan daripada Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Gua Permai di Markas Taktikal Pos Renab, Bukit Bunga Tanah Merah.

"Serahan tersebut melibatkan tangkapan ke atas dua lelaki warga asing. Hasil pemeriksaan dijalankan mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

"Ia juga melibatkan rampasan minyak diesel sebanyak 80 liter dan minyak petrol, 240 liter bersama sebuah motosikal pendaftaran Thailand," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM3,664 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.sinarharian.com.my/a ... weng-barang-kawalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.051796 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list