CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Kedah] Penduduk guna air sungai untuk urusan harian

[Copy link]
Post time 7-8-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk Kampung Telok Sanau menunjukkan infrastruktur rosak akibat banjir kilat yang melanda kampung itu Selasa lalu. - Foto NSTP/Safuri Kamarudin

BALING: Penduduk di Kampung Telok Sanau, di sini menjadikan anak sungai berdekatan rumah mereka untuk mandi dan membasuh selepas takungan air masyarakat pecah dalam kejadian banjir kilat, Selasa lalu.

Penduduk mendakwa, air sungai itu jernih dan tidak tercemar yang membolehkan mereka mandi dan membasuh.

Seorang penduduk, Intan Juliana Rusli, 46, berkata hujan lebat dan banjir kilat menyebabkan bekalan air masyarakat yang digunakan penduduk terputus dan perlu mencari cara lain bagi mengatasi masalah itu.

"Mujur ada anak sungai tepi rumah untuk mandi dan membasuh kerana bekalan Air Syarikat Darul Aman (Sada) juga mengalami tekanan rendah serta terputus.


"Air sungai itu jernih jika tidak berlaku banjir, sebaliknya menjadi keruh apabila hujan lebat dan tanah dari atas bukit menuruni ke anak sungai," katanya.

Intan Juliana berkata, sekiranya hujan lebat dan berlaku banjir tidak mustahil anak sungai berdekatan dengan rumah penduduk akan musnah seperti yang berlaku di Kampung Iboi.

Katanya, selagi tidak dibendung penebangan balak di Gunung Inas, penduduk hidup tidak tenteram kerana berlaku runtuhan tanah.

"Apabila hujan lebat dan berlaku banjir sudah tentu tanah berlumpur akan mengalir ke penempatan penduduk dan air sungai menjadi keruh.

"Banjir kali ini paling teruk kerana rumah saya air masuk paras satu meter dan semua barangan rosak, tidak dapat diselamatkan," katanya.

Beliau berkata, mereka membina rumah di tanah sendiri dengan perbelanjaan yang besar dan tidak menyangka kawasan itu berlaku banjir.

"Selalunya kalau hujan lebat pun air hanya sampai hadapan laman rumah tetapi sejak penerokaan balak di Gunung Inas sejak dua tahun ini menyebabkan berlaku banjir luar biasa," katanya.

Khairuddin Ahmad, 52, berkata kerajaan perlu membina tebatan bagi mengelakkan air melimpah ke penempatan penduduk.

Beliau berkata, jangka masa panjang kerajaan perlu mengkaji dan membina struktur yang kukuh di sepanjang anak sungai bagi mengelakkan kekerapan berlaku banjir sehingga air melimpah ke ruman penduduk.

"Selagi tidak merancang untuk jangka masa panjang penduduk yang sering terjejas banjir hidup tidak selesa. Apabila dengar guruh dilangit kami rasa takut kerana bimbang berlaku kejadian buruk," katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan UMNO Kampung itu, Zainol Ismail, 62, berkata pihaknya berharap kerajaan dapat membantu memulih takungan air yang pecah selepas berlaku banjir.

Beliau berkata, lebih 500 penduduk Kampung Batu Tujuh dan Telok Sanau menggunakan bekalan air masyarakat sejak 15 tahun lalu.

"Kami berharap kerajaan dapat memulihkan segera takungan air untuk kemudahan penduduk," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... untuk-urusan-harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.039112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list