View: 405|Reply: 0
|
[Kedah]
Jangan terpengaruh ajaran sesat dari negara jiran
[Copy link]
|
|

DATUK Fadzil Awang. FOTO arkib NSTP
Alor Setar: Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan terpedaya dengan sebarang aktiviti berkaitan ajaran sesat dari negara jiran yang boleh memesong akidah agama.
Beliau berkata, penduduk di negeri ini khususnya di Pulau Langkawi perlu berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan ajaran sesat yang tersebar di laman sosial.
"Walaupun ada kumpulan yang menjadikan Langkawi sebagai tempat pertemuan atau berhimpun, saya minta penduduk tempatan di sana jangan terpedaya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas berkaitan ajaran Hadi Minnallah yang aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.
Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.
Jumaat lalu, media melaporkan, kerajaan memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat dari negara jiran , Hadi Minnallah yang kini dikesan aktif di beberapa negeri di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilapor berkata, fahaman berkenaan nyata dan jelas menyimpang daripada ajaran sebenar Islam.
Semalam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memantau kumpulan Hadi Minallah dan pengikutnya di negeri ini susulan satu perhimpunan pertubuhan itu di Pulau Langkawi pada Jun lalu.
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusri Md Daud dilapor berkata, siasatan awal mendapati pertubuhan dari Indonesia itu tidak aktif di Kedah dan sekadar menggunakan pulau peranginan itu sebagai lokasi perhimpunan berkenaan.
Katanya, kumpulan itu berasal dari Indonesia dan berpusat di Singapura tetapi belum ada cawangan di Kedah mahupun Langkawi yang mana majlis berkenaan menghimpunkan semua ahlinya dari negeri lain juga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-dari-negara-jiran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|