CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bangga kibar Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 8-8-2022 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Bangga kibar Jalur Gemilang

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 08 Ogos 2022 05:40pm







Kon Yeow (empat dari kiri) mengajak penduduk di Pulau Pinang mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.




GEORGETOWN - Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menyemai semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia penting untuk membawa semangat cintakan negara terutamanya dalam era pascapendemik Covid-19 sekali gus menyemarakkan perpaduan antara kaum.

Susulan itu, beliau meminta seluruh rakyat Pulau Pinang menyahut seruan kerajaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga, tertib dan hormat.

"Tidak kira di mana pun kita berada, perasaan bangga dengan kibaran bendera negara perlu ada dalam diri setiap daripada kita. Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia.

"Semangat cintakan negara perlu sentiasa disematkan dalam diri rakyat Malaysia. Oleh demikian, kita perlu mengekalkan kehidupan yang harmoni, saling mengasihi dan bersatu hati dalam kalangan rakyat walaupun berlainan kaum, agama dan latar belakang," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pulau Pinang 2022.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang serta Exco Kerajaan Pulau Pinang.

Pada majlis itu, lebih 1,000 Jalur Gemilang diserahkan kepada 53 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan untuk menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan.

Kon Yeow berkata, pengisian dan intipati bulan kebangsaan itu memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej yang jelas untuk membangkitkan semula semangat patriotisme dalam jiwa semua masyarakat.




"Selari dengan semangat cintakan negeri kita melalui kempen LovePENANG yang telah dilancarkan, bulan kebangsaan ini merupakan salah satu platform yang amat baik untuk kita merealisasikan misi dalam matlamat kempen ini.

"Masyarakat perlu melibatkan diri secara efektif dalam kempen-kempen yang dilancarkan. Lembaran baharu dalam kempen LovePENANG diharap dapat menyemarakkan semangat rakyat terutamanya dalam pascapandemik Covid-19," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.041667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list