CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Kedah] Wanita OKU melecur dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 9-8-2022 02:03 PM | Show all posts |Read mode

Bilik sebuah rumah di Jalan Sekolah, Alor Merah yang terbakar menyebabkan seorang wanita OKU melecur di badan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah. -Foto NSTP/Ihsan Bomba

ALOR SETAR: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) melecur di bahagian badan selepas bilik tidur di sebuah rumah di Jalan Sekolah, Alor Merah, di sini terbakar, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 12.36 tengah malam.

"Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan lokasi.

"Bagaimanapun, kebakaran itu sudah pun dipadamkan oleh pemilik rumah berkenaan dengan menggunakan alat pemadam api," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mohamadul Ehsan berkata, mangsa berusia 22 tahun juga sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

"Mangsa dilaporkan melecur di bahagian badan namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital.

"Tindakan yang dilakukan komander operasi adalah dengan melakukan pemantauan supaya kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.23 pagi tadi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... cur-dalam-kebakaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.049695 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list