CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Kedah] Katil hospital tak diguna boleh diwakaf

[Copy link]
Post time 10-8-2022 01:26 PM | Show all posts |Read mode

KATIL hospital yang diberikan pemilik kepada sukarelawan Pengurusan Jenazah Percuma Hang Cangkul Madad untuk diwakafkan kepada pesakit lain yang memerlukan. FOTO Izad Thaqif Hassan

Sungai Petani: Bermula dengan hanya lima katil yang dibeli menggunakan dana sendiri, kini pasukan sukarelawan Pengurusan Jenazah Percuma Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (Madad) memiliki 45 katil hospital hasil sumbangan orang ramai yang diwakaf untuk individu memerlukan.

Namun, jumlah itu masih tidak mencukupi buat Madad kerana ramai pesakit kurang berkemampuan amat memerlukan katil hospital terbabit.

Ketua Operasinya, Muhammad Ridzuan Osman berkata, jika diikutkan, ramai yang memiliki katil hospital ini namun mereka tidak tahu cara untuk 'melepaskannya'.


"Ada antara pemilik yang membeli katil hospital ini untuk ahli keluarga yang terlantar dan menerima rawatan di rumah kerana menderita penyakit dihidapi.

"Namun, selepas pesakit sembuh atau meninggal dunia, mereka hanya membiarkan katil terbabit di rumah begitu sahaja sehingga ada yang rosak," katanya.

Menurutnya, antara faktor yang menyebabkan ia dibiarkan kerana pemilik tidak tahu cara atau kepada siapa untuk mereka berikan katil terbabit.

"Disebabkan saiz katil yang besar, kebanyakan pemilik mengalami kesukaran kerana tidak mempunyai pengangkutan sesuai untuk menghantarnya kepada individu memerlukan.

"Jadi, mereka hanya membiarkan katil hospital terbabit di rumah tanpa digunakan sehingga ada yang rosak. Ini amat merugikan kerana ia sebenarnya boleh diwakafkan untuk kegunaan pesakit lain," katanya.

Muhammad Ridzuan berkata, bagi memudahkan pemilik katil hospital yang tidak digunakan dan ingin diwakaf, pihaknya akan berperanan sebagai orang tengah dengan mengambil katil terbabit di mana-mana lokasi di seluruh negara.

"Kita tidak akan mengenakan sebarang kos bayaran atau pengangkutan kepada individu yang mahu mewakaf katil hospital berkenaan kepada pesakit lain yang tidak mampu membelinya.

"Sekiranya pesakit sembuh atau meninggal dunia dan katil itu tidak lagi digunakan, ia akan diwakaf kepada orang lain pula. Ia sekali gus membantu mengurangkan beban pesakit lain terutama golongan asnaf," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iguna-boleh-diwakaf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.050639 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list