CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 0

[Kelantan] Pelajar Tingkatan Tiga antara 14 ditahan kerana dadah

[Copy link]
Post time 11-8-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Pelajar perempuan Tingkatan Tiga antara 14 individu yang ditahan polis menerusi serbuan di sebuah pangsapuri di Wakaf Che Yeh, di sini, awal pagi tadi.

Serbuan 1 pagi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang menahan sembilan lelaki dan lima perempuan berusia antara 15 hingga 32 tahun.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil serbuan terhadap kediaman itu menemui 10 biji pil psikotropik, sebiji pil Erimin 5 dan 48 biji pil ekstasi membabitkan nilai keseluruhan RM450.


"Kesemua tangkapan berumur 15 tahun hingga 32 tahun termasuk seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Tanah Merah.

"Hasil soal siasat, salah seorang daripada tangkapan mengaku dadah jenis pil ekstasi adalah miliknya yang diperoleh daripada lelaki Thailand yang dikenali semasa berhibur di sebuah kelab di Golok, Thailand.

"Malah, urusan jual beli dadah juga di dalam sebuah kelab di Golok," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha pihak polis untuk menangkap pembekal dadah itu tidak berjaya kerana individu itu warga Thailand dan tidak berada di negara ini.

"Hasil ujian air kencing terhadap kesemua suspek mendapati empat daripada mereka positif dadah dengan kebanyakan mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itahan-kerana-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.142527 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list