CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Kekok selepas 4 tahun tak ke sekolah' - Yumn Nakyeishaa

[Copy link]
Post time 18-8-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode
'Kekok selepas 4 tahun tak ke sekolah' - Yumn Nakyeishaa

Nur Izzati Mohamad
[email protected]




SOON Lip Chee (dua dari kanan) menyerahkan bantuan buku rujukan kepada Yumn Nakyeishaa (tengah) di luar pintu hadapan SMK Kampung Kastam, Butterworth. FOTO Nur Izzati Mohamad




Butterworth: "Hari pertama datang ke sekolah selepas empat tahun memang berasa kekok dan sukar tetapi atas keprihatinan rakan-rakan dan guru yang mengetahui kisah kami menjadikan semua perasaan itu dapat diatasi," kata Yumn Nakyeishaa Amir Hamzah.

Yumn Nakyeishaa, 16, dan adiknya, Dahnea Dabryshaa, 14, gembira dan teruja dapat kembali ke sekolah selepas lama tercicir dalam pelajaran disebabkan kesempitan hidup dialami keluarga mereka.

Menurutnya, dia dan adiknya yang memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Kastam di sini, sejak kelmarin mengayuh basikal lebih satu kilometer (km) dari rumahnya di Pangsapuri Melur untuk ke sekolah berkenaan.

"Basikal itu dihadiahkan jiran kami yang ingin membantu kami ke sekolah kerana sebelum ini antara sebab kami tidak ke sekolah juga disebabkan tidak mempunyai pengangkutan.

"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami termasuk bantuan guru serta rakan-rakan kami di sekolah ini sekali gus membuatkan kami bersemangat untuk menghabiskan sesi persekolahan," katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Jermal Soon Lip Chee turut hadir menyerahkan bantuan buku rujukan kepada Yumn Nakyeishaa.

Menurutnya, beliau memohon semua pihak dapat memberi sokongan dan bantuan terhadap dua beradik itu tanpa memandang rendah kepada mereka susulan masalah dihadapi keluarga berkenaan.

"Mereka berdua (Yumn Nakyeishaa dan Dahnea Dabryshaa) sudah banyak tertinggal dalam pelajaran dan bukan mudah untuk mereka 'catch up' (kejar) apa yang pelajar lain sudah pelajari.

"Jadi, saya meminta terus memberikan sokongan dan tunjuk ajar kepada dua beradik ini yang saya juga akan mencari beberapa kelas tambahan sama ada secara fizikal atau dalam talian supaya mereka berdua dapat masuk belajar.

"Dari segi keselamatan, saya juga akan mempertimbangkan kemudahan pengangkutan seperti van atau sebagainya kepada dua beradik ini jika diperlukan kerana mereka ketika ini memilih ke sekolah dengan hanya mengayuh basikal," katanya.

Minggu lalu, media melaporkan dua beradik yang tercicir dalam pelajaran disebabkan kesempitan hidup sehingga terpaksa berhenti sekolah sejak empat tahun lalu menerima surat tawaran untuk kembali bersekolah.

Surat tawaran itu disampaikan Ketua Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) Datuk Zulkafli Kamaruddin.






Disiarkan pada: Ogos 18, 2022 @ 4:13pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tabah . Pelajaran terutama yg asas amat penting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.548005 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list