CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 0

Dollah akui TFC lebih bagus

[Copy link]
Post time 22-8-2022 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Terengganu FC, Habib Haroon (kanan) diasak pemain Sri Pahang FC, Muhamad Nor Azam Abdul Azih pada saingan Liga Super 2022, di Stadium Darul Makmur. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh menerima hakikat bahawa Terengganu FC (TFC) lebih bagus selepas skuad kendaliannya tewas 2-1 malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kekalahan tipis itu juga disebabkan anak buahnya terlalu memberikan ruang kepada lawan untuk menguasai permainan.

"Kita terima hakikat bahawa Sri Pahang tewas kepada pasukan yang memiliki tahap permainan tinggi selepas lima perlawanan tanpa kalah.

"Sepatutnya selepas menjaringkan gol pendahuluan, kita tidak boleh bermain secara bertahan.


"Gol penyamaan TFC juga turut memberikan kesan kerana kebiasaannya apabila berjaya menyamakan kedudukan, pemain akan lebih bersemangat dan ia dilakukan oleh pemain TFC," kata Dollah.

Dollah turut menafikan faktor kecergasan yang tidak berada pada tahap yang diinginkan menyebabkan anak buahnya tidak dapat mempamerkan prestasi cemerlang seperti lima perlawanan lalu.

"Sebenarnya TFC mempamerkan persembahan dan corak permainan yang berbeza hingga pemain Sri Pahang gagal untuk menyekat lawan.

"Kita cuba bangkit selepas lawan menyamakan kedudukan 1-1 tetapi gol kedua TFC tiga minit sebelum tamat perlawanan menyebabkan kita kehilangan tiga mata.

"Saya harap selepas ini pemain dapat mengembalikan prestasi terbaik mereka untuk memberikan tentangan kepada lawan," katanya.

Pada perlawanan itu, Sri Pahang mendahului 1-0 menerusi jaringan pemain Argentina, Manuel Hidalgo pada minit ke-46 sebelum TFC bangkit dengan dua gol, masing-masing daripada Habib Haroon dan Petrus Shitembi pada minit ke-72 dan 87.

Namun, kekalahan itu tidak menjejaskan kedudukan Sri Pahang apabila kekal berada di tempat kelima dengan 21 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kui-tfc-lebih-bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.123885 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list