CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2559|Reply: 0

Buang Segera 35 Aplikasi Android Ini Kerana Dikesan Menyelinap Masuk Ke Dalam Google Play Store

[Copy link]
Post time 22-8-2022 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Buang Segera 35 Aplikasi Android Ini Kerana Dikesan Menyelinap Masuk Ke Dalam Google Play Store

Penyelidik keselamatan dari Bitdefender melaporkan penemuan sebanyk 35 aplikasi Android yang membawa perisian hasad di dalam dan berjaya menyelinap masuk ke dalam Google Play Store.

Bitdefender menyatakan, jumlah muat turun dari keseluruhan aplikasi itu pula mencecah lebih daripada 2 juta kali muat turun.

Aplikasi-aplikasi itu bertindak mengelak dari dikesan dengan mudah dengan menukar rupa ikon dan nama aplikasi selepas aplikasi selesai dimuat turun dan dipasang ke dalam telefon pintar oleh mangsanya.

Berikut adalah senarai 35 aplikasi itu yang berjaya dikesan Bitdefender dan sudah dilaporkan kepada pihak Google:-

  • Walls light - Wallpapers Pack
  • Big Emoji - Keyboard
  • Grad Wallpapers - 3D Backdrops
  • Engine Wallpapers - Live & 3D
  • Stock Wallpapers - 4K & HD
  • EffectMania - Photo Editor
  • Art Filter - Deep Photoeffect
  • Fast Emoji Keyboard
  • Create Sticker for Whatsapp
  • Math Solver - Camera Helper
  • Photopix Effects - Art Filter
  • Led Theme - Colorful Keyboard
  • Keyboard - Fun Emoji, Sticker
  • Smart Wifi
  • My GPS Location
  • Image Warp Camera
  • Art Girls Wallpaper HD
  • Cat Simulator
  • Smart QR Creator
  • Colorize Old Photo
  • GPS Location Finder
  • Girls Art Wallpaper
  • Smart QR Scanner
  • GPS Location Maps
  • Volume Control
  • Secret Horoscope
  • Smart GPS Location
  • Animated Sticker Master
  • Personality Charging Show
  • Sleep Sounds
  • QR Creator
  • Media Volume Slider
  • Secret Astrology
  • Colorize Photos
  • Phi 4K Wallpaper - Anime HD








Bitdefender menasihatkan pengguna untuk tidak memasang aplikasi-aplikasi yang tidak diperlukan, membuang aplikasi yang sudah lama tidak digunakan serta lebih peka kepada permintaan akses aplikasi terhadap peranti seperti akses terhadap tetapan yang langsung tiada kaitan dengan fungsi aplikasi.

Sumber: bitdefender

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.905467 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list