CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1679|Reply: 6

Mimpi Dibakar Api Buat Bekas Mak Nyah Insaf, Mujur Tak Sempat Buat Pembedahan Tukar Jantina

[Copy link]
Post time 24-8-2022 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Khairolizan menerima sijil penghargaan. (Sumber Harian Metro)


Bekas Mak Nyah, Mohd Khairolizan, 43, yang sebelum ini dikenali sebagai Julia mendedahkan dia insaf dan kembali semula kepada fitrah lelaki selepas mimpi dibakar api.



Menerusi laporan Harian Metro, Khairolizan berkata, mimpi ngeri itu bukan sahaja membuatkannya tersentak dari terus bergelumang dalam dosa malah memberi sinar baharu arah hidupnya.



"Mimpi dibakar api adalah titik permulaan perubahan saya daripada dunia mak nyah.



"Dalam mimpi itu, saya menjerit ketakutan dan meminta pertolongan daripada keluarga dan rakan tetapi tiada siapa yang dapat membantu kerana api semakin marak membakar diri.



Gambar hiasan







"Namun, apabila saya meminta pertolongan Allah dan menyebut kalimah nama Tuhan berkali-kali, api marak itu tiba-tiba makin surut dan hilang. Ia menyebabkan saya terjaga dari tidur dan muka memikirkan maksud mimpi saya itu.



"Akhirnya, saya nekad menyahut hidayah Allah dan membuang implan payudara yang saya buat di Thailand serta kembali kepada fitrah lelaki," katanya.



Khairolizan berkongsi cerita itu selepas Simposium Kaunseling Islam 'Pelangi Islam' di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar di Johor Bahru.



Menceritakan kisah awal bergeluman dalam dunia mak nyah, katanya, dia mula berjinak-jinak sejak di bangku sekolah sebelum mengubah penampilan lebih kewanitaan selepas Tingkatan Lima.




Gambar hiasan.



Walaupun dibantah keluarga, namun Khairolizan mengakui dia terlalu mengikut nafsu muda apatah lagi ramai rakan mak nyah lain turut memberikan dorongan agar tampil lebih 'wanita'.



"Saya kumpul wang sebanyak RM50,000 bagi melakukan pembedahan penukaran jantina dan wajah di Thailand.



"Namun, saya hanya sempat melakukan pembedahan memasang implan payudara dengan kos hampir RM5,000. Wang yang dikumpul RM50,000 itu dirompak dalam dua kejadian berasingan menyebabkan hasrat untuk melakukan pembedahan itu tidak kesampaian," katanya.



Khairolizan turut meluahkan rasa syukur kerana niatnya melakukan pembedahan itu tidak kesampaian kerana ia pasti akan disesalinya seumur hidup. -CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur alhamdulillah  dapat hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Seb baik kena rompak...kalau tak,dah takde kotei..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 10:35 AM | Show all posts
Kifarah tu niat nak tukar jantina dah kene rampok
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:03 AM | Show all posts
Jangan tukar ke gay udah.

Jadilah lelaki sejati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 03:13 AM | Show all posts
syukur. akak pun selalu pegi restoran bekas pondan org nesmilan, tp tetap la berlaki org sskjp. muka dua2 flawless walaupun berkedut sana sini, nak je akak recommend retinxl tp kang buatnye mengandung dah akak nak kena mengadap bayi OKU dekat restoran tiap2 weekend.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2022 12:50 PM | Show all posts
Semoga saudara kekal positif dengan keadaan fitrah asal dan dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.569427 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list