View: 370|Reply: 0
|
[Terengganu]
Lagi kes penipuan sewa inap desa di Terengganu
[Copy link]
|
|
Kuala Berang: Satu lagi kejadian penipuan sewa inap desa berlaku di negeri ini membabitkan kerugian RM2,900 apabila rumah yang ditawarkan bukan milik individu sebenar.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian berlaku semalam namun pihaknya masih belum menerima laporan rasmi daripada mangsa dan polis hanya dihubungi dalam kejadian berkenaan.
Menurutnya, mangsa menyewa inap desa untuk rakannya yang akan bertandang ke negeri ini namun rumah ditawarkan itu bukan milik suspek.
"Suspek menggunakan helah dengan mengiklankan inap desa milik orang lain dan meletakkan nombor telefonnya.
"Satu lagi situasi, suspek menawarkan inap desa yang tidak wujud namun tetap mengiklankan perkhidmatan menyewa.
"Justeru, sempena cuti sekolah, kita berharap orang ramai bijak membuat penilaian membabitkan sewaan inap desa bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Produk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, di Pengkalan Lawit Tasik Kenyir, di sini, hari ini.
ROHAIMI (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud melihat bot Amphibia Qber yang dihasilkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). FOTO Nazdy Harun
Menurutnya, kejadian biasanya berlaku membabitkan tempahan atas talian yang mana suspek meminta mangsa membuat bayaran penuh ke atas sewaan inap desa.
Katanya, apa yang berlaku semalam iaitu inap desa yang ditawarkan itu wujud namun pemiliknya orang lain.
"Penipuan seperti ini akan merencatkan aktiviti pelancongan di negeri ini oleh itu kita menyarankan pengunjung membuat penilaian secara mendalam sebelum satu-satu tempahan inap desa dilakukan.
"Sebolehnya jangan buat pembayaran penuh atau membuat pembayaran selepas menemui pemilik sebenar inap desa berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terengganu-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|