CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 809|Reply: 4

Mampukah United tepis bedilan Gunners?

[Copy link]
Post time 4-9-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Mampukah United tepis bedilan Gunners?

MANCHESTER: Manchester Uni­ted (MU) dan Arsenal berdepan episod malang musim lalu selepas kedua-dua pasukan terlepas tiket Liga Juara-Juara.

Begitupun kini, mereka ibarat ‘harimau yang bangkit dari lena’ dan bersedia mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2022/2023.

Arsenal satu-satunya pasukan yang menang semua lima perlawanan liga musim ini, manakala United memenangi tiga aksi terakhir berturut-­turut, sekali gus menjadikan pertembungan mereka di Old Trafford hari ini sukar diramal.


CRISTIANO Ronaldo (dua, kanan) melakukan persiapan akhir di Carrington semalam menjelang pertemuan getir menentang Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris hari ini. – IHSAN MANCHESTER UNITED

Kehadiran senjata baharu United, Antony menjadikan perlawanan bertambah menarik, namun dalam usaha mencari formula kemena­ngan, Erik ten Hag mungkin membuat keputusan drastik kembali meletakkan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama.

Mikel Arteta pula pe­ning memikirkan kecederaan tonggak tengah, Martin Odegaard dan penjaga gol, Aaron Ramsdale ketika Reiss Nelson, Thomas Partey serta Mohamed Elneny sudah disisihkan lebih awal.

Begitupun penyerang sensasi Brazil, Gabriel Jesus yang telah meledak tiga gol bersama Gunners sejak tiba dari Manchester City bersedia membedil gawang Red Devils.

Jadon Sancho yang kembali menemui prestasi terbaik ­dengan meledak gol dalam dua daripada tiga aksi ter­akhir mendedahkan, kekalahan memalukan 4-0 kepada Brentford dan latihan tambahan kunci kebangkitan United.

Selepas dimalukan oleh Brentford pada 14 Ogos lalu, Ten Hag ‘menghukum’ pemainnya berlari sejauh 13.8 kilo­meter di bawah terik mentari bagi ­me­ngingatkan mereka betapa peritnya melepaskan gol yang ­banyak.

Pemain juga menjalani latihan sehingga pukul 11 malam, manakala sesi ‘hati ke hati’ selama dua jam antara pemain serta barisan kejurulatihan diadakan sehari selepas kekalahan itu.


KEKALAHAN kepada Brentford menjadi pengajaran berguna buat United.

“Saya rasa kekalahan kepada Brentford menjadi wake-up call buat pasukan dan kami memenangi tiga perlawanan berturut-turut selepas itu.

“Sekarang, kami bukan sahaja amat bersemangat untuk mencari kemenangan, malah latihan dan larian tambahan telah menjadikan pasukan lebih cergas,” katanya.

Bagi Arsenal, biarpun merekodkan lima kemenangan berturut-turut, namun isu kecederaan yang membelenggu bahagian tengah mengganggu tumpuan mereka.

Tanpa Partey dan Elneny, ke­adaan amat rumit buat Arteta, apatah lagi Gunners gagal membawa masuk Douglas Luiz pada hari terakhir jendela perpindahan.


MARTIN ODEGAARD

Situasi Odegaard pula tidak bagus selepas pemain itu cedera buku lali ketika menumpaskan Aston Villa 2-1, Khamis lalu, sekali gus meletakkan Emile Smith Rowe dalam ‘mode’ bersedia.

“Kami masih berharap mereka (Odegaard dan Ramsdale) dapat diturunkan, kami akan pantau keadaan mereka dan esok barulah kita mendapat jawapan,” kata Arteta. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2022 11:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2022 11:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2022 04:27 PM | Show all posts
Kita tunggu je malam ni punya match
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
A score draw
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053130 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list