|
Cari pasal...
RAKAMAN gambar Lockwood, ketika mendaki bangunan The Shard. FOTO Agensi
London: Tindakan berani mati seorang lelaki memakan diri apabila ditahan polis selepas memanjat bangunan tertinggi di United Kingdom, The Shard dan merakam swafoto di puncak menara bangunan itu.
Metro UK melaporkan, lelaki itu, Adam Lockwood, mengambil swafoto dalam keadaan menakutkan dengan mengimbangi dirinya di puncak bangunan setinggi 310 meter itu di London.
Polis berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan bersama dua lelaki lain kerana disyaki menyebabkan gangguan awam.
Dalam swafoto yang dikongsikan di Facebook, lelaki yang tidak berbaju itu boleh dilihat bersandar pada bahagian atas bangunan pencakar langit ikonik itu.
Dia sebelum ini berkongsi gambar dirinya di puncak bangunan pencakar langit serta berjuntai dalam keadaan berbogel dari kren dari stesen jana kuasa setinggi 335 meter.
Seorang pekerja kereta api yang merakam beberapa rakaman pendakian itu menceritakan bagaimana pendaki itu memanjat bangunan terbabit dalam masa sekitar satu jam 20 minit.
"Saya bekerja pada jam 5.50 pagi dan pada masa itu ia sudah berlaku, saya rasa dia mula mendaki pada jam 5.40 pagi.
"Saya mengambil video itu pada jam 6.45 pagi dan dia sampai ke puncak pada jam 7 pagi," katanya.
Jurucakap Polis Metropolitan berkata, pegawai dipanggil jam 5.38 pagi, pada Ahad selepas menerima laporan ada pendaki mendaki The Shard yang juga bangunan tertinggi di UK dan Eropah Barat.
https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2022/09/878864/cari-pasal
Sumber:
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jatuh.... idok ke sesia |
|
|
|
|
|
|
|
Menguji diri sendiri ke tahap yang paling sia-sia |
|
|
|
|
|
|
| |
|