CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1349|Reply: 4

Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang

[Copy link]
Post time 5-9-2022 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang


NUR Amira Hanim Hazreen bersama suaminya, Zaini. FOTO IHSAN NUR AMIRA HANIM HAZREEN IMRAN

Taiping: Jurang usia 21 tahun bukan halangan untuk Nur Amira Hanim Hazreen Imran menerima Zaini Ramli yang dulu dianggap seperti bapa angkatnya sebagai suami.

Menariknya, Nur Amira Hanim, 25, yang terlebih dulu meluahkan perasaan terhadap Zaini, 46, kerana terpikat dengan keperibadian suaminya itu.

Berkongsi latar belakangnya, Nur Amira Hanim berkata, dia adalah ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun selepas berpisah dengan bekas suami pada 2020.

Manakala, Zaini pula adalah duda anak enam dan hidup solo sejak 2012 sebelum berkahwin dengan Nur Amira Hanim pada 15 Ogos lalu.

"Kami berkenalan tahun lalu di tempat kerja iaitu dekat sebuah ladang kelapa sawit.

"Di situ (ladang) , saya bekerja sebagai pengutip biji relai sawit manakala suami pemandu lori dan panggil dia (suami) abah saja kerana usianya lebih kurang sebaya dengan emak serta ayah.

"Kiranya, saya anggap suami macam ayah angkat saja namun lama kelamaan, timbul rasa suka jadi saya mulakan langkah dengan meluahkan perasaan terhadapnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nur Amira Hanim, suaminya terkejut pada awalnya namun tidak menolak 'lamarannya' itu.

"Dia soal saya adakah sudah buang tabiat namun saya beritahunya luahan perasaan itu bukan gurauan dan akhirnya dia terima saya.

"Jujurnya, saya sudah tertarik dengan suami ketika pertama kali melihatnya lagi kerana misainya mengingatkan saya kepada pelakon lama, Eman Manan.

"Lagipun, saya memang suka lelaki berumur 40 tahun ke atas kerana matang dan tidak pernah menutup pintu hati untuk berkahwin lagi selepas berpisah dengan bekas suami," katanya.

Nur Amira Hanim berkata, dia bersyukur kerana niatnya untuk membina masjid tidak mendapat halangan keluarga.

"Selepas berterus terang dengan emak dan ayah, mereka terkejut sebab umur lebih kurang sebaya namun beri restu kerana melihat kesungguhan saya.

"Bagi saya, umur itu angka saja kerana yang penting adalah tanggungjawab suami untuk beri nafkah yang sepatutnya.

"Setakat ini, kami cuba cari keserasian dan syukurlah, suami banyak bertolak ansur.

"Kebetulan, kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini jadi cuba belajar daripada pengalaman untuk jadi lebih baik," katanya.

Berhubung kisahnya yang tular di laman sosial, Nur Amira Hanim tidak menyangka video dimuat naiknya di TikTok akan mendapat tontonan ramai.

"Saya muat naik video itu petang kelmarin dan terkejut apabila ia raih tontonan tinggi dalam masa singkat.

"Kebanyakan komen positif dan terima kasih kepada semua yang mendoakan," katanya.

Sementara itu, suaminya, Zaini berkata, dia tidak menyangka akan berkahwin lagi tetapi menerimanya sebagai ketentuan Ilahi.

"Ingatkan nak menduda saja tetapi ditakdirkan jodoh sampai jadi saya terima saja walaupun pada awalnya anggap isteri macam anak saja.

"Anak saya (hasil perkahwinan terdahulu) semuanya okay, tiada masalah dan saya sukakan isteri kerana dia berani berterus terang serta sanggup terima saya seadanya," katanya.

#kw jurang, usia, bukan, halangan, video, tiktok

tamat

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... un-bukan-penghalang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2022 04:09 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Memula rasa terkejut gak, tapi bila difikirkan, elok la duda yang bertanggungjawab dan matang, daripada laki org, atau budak muda suka curang, atau kaki belasah.

Nampak pun masih sihat, bukan yang kena jaga macam nurse.

Kelakar bila dia kata laki dia tanya buang tebiat ke hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg kena kecam kt tiktok sbb dr ayah angkat jd suami
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu..duda jumpa janda. siap yg perempuan confess dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.095758 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list