CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Kedah] Kami dicengkam ketakutan

[Copy link]
Post time 10-9-2022 01:51 PM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN JKR membuat pemeriksaan jambatan Bailey yang rosak akibat banjir kali ke-3. FOTO Luqman Hakim Zubir

Baling: Sejak tragedi kepala air dan banjir kilat di Kampung Iboi pada 4 Julai lalu, penduduk semakin dicengkam ketakutan susulan kejadian Selasa lalu yang disifatkan luar biasa.

Penduduk mendakwa banjir terbaru itu turut membawa bersama bongkah kayu dan batang balak yang berisiko menghempap rumah penduduk.

Seorang penduduk, Kasim Abd Aziz, 67, berkata, walaupun hujan sekejap tetapi air sungai melimpah dengan cepat dipercayai limpahan dari Gunung Inas.


"Air sungai berpecah dua aliran dan penuh dengan bongkah kayu serta batang balak sehingga jambatan Bailey turut rosak.

"Jika tragedi seperti ini berlaku lagi banyak harta benda penduduk akan rosak dan jambatan Bailey turut musnah.

"Kami hidup tidak tenteram lagi seperti dahulu... setiap hari rasa resah bila lihat awan mendung dan memikirkan apa yang akan berlaku.

"Difahamkan masih ada lagi tiga kolam besar di ladang durian Musang King di atas Gunung Inas, bayangkan apa nasib kami di sini sekiranya kolam itu pecah," katanya.

Kasim berkata, dalam kejadian pada Selasa itu jambatan Bailey terpaksa ditutup bagi kerja-kerja pembaikan yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Jalan dan jambatan itu ditutup kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada usaha membaik pulih termasuk mengalihkan puing seperti batang kayu dan akar pokok.

"Sementara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut melakukan kerja mendalamkan Sungai Kupang menggunakan jengkaut dan jentolak," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Kampung Iboi, Abu Hassan Samah, 62, berkata, penduduk sudah perit dengan kejadian itu, namun tiada tindakan susulan untuk menanganinya walaupun sudah tiga kali banjir kilat melanda penempatan penduduk.

"Sekarang bila hujan lebat sejam pun air mula melimpah masuk ke rumah penduduk sehingga tidak sempat menyelamat barang-barang dalam rumah.

"Tiga kali banjir banyak barangan yang rosak termasuk tikar getah, perabot dan dinding rumah melekat dengan lumpur," katanya.

Abu Hasan berkata, apabila tebing sungai runtuh menyebabkan arus deras dan puing menghentam jalan sehingga penuh dengan bongkah dan akar kayu.

"Bila hujan lebat ada penduduk tunggu di depan pintu rumah kerana bimbang air masuk dan akan berpindah sekiranya semakin teruk," katanya.

Dalam kejadian kepala air dan banjir kilat di Kampung Iboi, 4 Julai lalu telah menjejaskan 41 kawasan dan mengorbankan tiga sekeluarga termasuk seorang wanita 23 tahun yang hamil anak sulung.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dicengkam-ketakutan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.355337 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list