CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Pahang] Tanam lebih banyak pokok

[Copy link]
Post time 11-9-2022 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Wan Rosdy (bertopi) dan Takiyuddin (tiga, kiri) melawat pameran pada Program Penanaman Pokok dan Penggayaan Tasik Chini.- Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

PEKAN: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) perlu memastikan kempen penanaman 100 juta pokok dapat terus aktif sepanjang tahun.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata terdapat negeri yang dilihat kurang aktif melakukan aktiviti menanam pokok.

"Seluruh negara kita berjaya menanam lebih 40 juta pokok dan saya yakin jumlah berkenaan akan terus bertambah dalam tempoh tiga bulan, tahun ini.

"Di Pahang sebanyak 4.9 juga pokok telah ditanam menerusi kempen penanaman lima juta pokok peringkat negeri yang ditetapkan," katanya pada Program Penanaman Pokok dan Penggayaan Tasik Chini, di sini semalam.


Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Rosli Isa dan Ketua Pengarah JPSM, Datuk Mohd Ridza Awang.

Sempena program dua hari itu sebanyak 1,000 pokok balak spesies Merawan Siput Jantan dan Meranti Temak Nipis ditanam secara gotong-royong oleh 250 kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang termasuk penduduk setempat, sukarelawan dan penuntut Insititut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, pihaknya menyediakan peruntukan bagi membantu memulihara dan memelihara Tasik Chini sambil dibantu oleh kerajaan negeri.

"Pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara kawasan Tasik Chini antaranya ialah penghijauan bumi itu sendiri dengan penanaman pokok penutup bumi dan pokok berkayu selain melaksanakan penguatkuasaan dan menghentikan aktiviti melombong.

"Pusat penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terdapat di Tasik Chini turut bertanggungjawab melakukan kajian dalam usaha memulihara dan memelihara Tasik Chini yang diwartakan sebagai Tapak Rizab Biosfera pertama di negara ini yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi Program Man and the Biosphere (MAB) pada 26 Mei 2009," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -lebih-banyak-pokok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.749996 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list