CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 1

[Kelantan] Keluarga Azi rayu orang ramai jangan lempar tohmahan

[Copy link]
Post time 20-9-2022 02:23 PM | Show all posts |Read mode

ROSNAZIRAH diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Tumpat: "Sudah lama kami sekeluarga tidak membaca berita mengenai kehilangan Azi menerusi media sosial kerana apa yang dipaparkan banyak yang tidak benar, sekali gus menambahkan kesedihan kami," kata ahli keluarga Rosnazirah Mohd Naim yang juga ejen kosmetik yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu.

Rosnazirah, 36, dilarikan tiga lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini, jam 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios.

Ahli keluarga itu yang enggan dikenali berkata, mereka hanya ingin mengetahui perkembangan mengenai keadaan terkini Rosnazirah atau mesra dipanggil Azi sahaja malah berhubung dengan polis pada setiap hari.


"Apa yang dipaparkan di media sosial banyak yang tidak benar dan ada kalanya, kami mengetahuinya daripada saudara yang memaklumkan berkaitan pelbagai kecaman serta tohmahan yang dilemparkan.

"Kami adik-beradik seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi kecaman juga tohmahan itu dengan kedua ibu bapa memandangkan mereka sudah uzur, terutama ibu yang semakin lemah kerana menderita penyakit buah pinggang tahap lima.

"Ada juga berita yang memaparkan kes culik terdahulu yang sehingga kini gagal dikesan. Tetapi kami di pihak keluarga Azi enggan memikirkan hal itu, sebaliknya masih menaruh harapan yang tinggi agar Azi selamat dan kembali ke pangkuan keluarga," katanya dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun kehilangan Azi sudah memasuki hari kelapan, mereka tetap menaruh harapan tinggi agar Azi ditemukan dengan selamat.

Katanya lagi, selain solat hajat, keluarga dan rakan juga berikhtiar dengan merujuk kepada pengamal perubatan Islam berkaitan keadaan terkini mangsa.

"Ada beberapa ustaz memberitahu, Azi selamat cuma lokasi dia berada gagal 'dilihat'. Walaupun ia sekadar jangkaan, sekurang-kurangnya ia sedikit-sebanyak melegakan hati keluarga," katanya.

Berkaitan laporan keluarga wanita berkenaan menerima panggilan meminta wang tebusan RM10 juta, ahli keluarga itu menafikan dakwaan terbabit.

Katanya, jika benar mereka menerima panggilan berkaitan perkara itu, sudah pasti polis akan dimaklumkan terlebih dahulu.

Namun setakat ini, katanya, tiada yang menghubungi menyebabkan keluarga semakin tertekan dengan berita yang tidak benar itu.

"Semakin hari, semakin banyak berita tidak benar disiarkan yang menambahkan lagi kesedihan kami. Kalau benar sekalipun ada terima panggilan itu, untuk menyediakan ratusan ribu ringgit pun kami tidak mampu, apatah lagi RM10 juta seperti yang didakwa.

"Jika tidak dapat mendoakan yang baik-baik, kami mohon janganlah membuat fitnah dan menambahkan rasa sedih...tolong fikir keadaan kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gan-lempar-tohmahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku saja naikkan benang ni menyampah betul bc benang si friska..ko dah kenapa gigih nk tepek berita sama berulang kali daln satu benang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.475600 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list