CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Kelantan] Peniaga buat 'live' jual jam tangan tiruan diserbu

[Copy link]
Post time 24-9-2022 12:45 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA KPDNHEP memeriksa jam tangan berjenama dengan penggunaan cap dagangan tanpa kebenaran yang dirampas di sebuah premis di Padang Bongor, Jalan Pangkalan Chepa. FOTO Ihsan KPDNHEP

Kota Bharu: Sebanyak 2,560 utas jam tangan berjenama dipercayai tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Padang Bongor, Jalan Pangkalan Chepa, di sini, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Azman Ismail berkata, terdahulu pihaknya menerima aduan berhubung seorang peniaga menjual jam tangan menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran.

Menurutnya, pihaknya bertindak menjalankan risikan dan pemantauan selama seminggu.


"Peniaga berusia 26 tahun itu dikesan sering membuat 'live' di laman sosial miliknya untuk menjual jam tangan berjenama dengan cap dagangan tanpa kebenaran.

"Jam tangan itu dijual secara lelong dan kombo iaitu RM100 untuk tiga utas lalu melakukan pemeriksaan bersama wakil pemilik cap dagang ke lokasi premis itu," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat banyak jam tangan getah pelbagai jenis dan jenama terkenal dipercayai tiruan di premis berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati lelaki itu membeli barangan itu dari luar negara sebelum menjualnya secara langsung atau secara dalam talian untuk mendapat keuntungan tinggi sekali gus mengaburi pihak berkuasa.

"Kesemua jam tangan terbabit dianggarkan bernilai RM25,600 disita untuk siasatan mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-tiruan-diserbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.800039 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list