CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 1

[Terengganu] Lapan bekas pekerja stesen minyak nafi salah guna kad inden polis

[Copy link]
Post time 26-9-2022 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Chukai: Lapan bekas pekerja sebuah stesen minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, hari ini terhadap 45 pertuduhan menyalahgunakan kad inden petrol milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tertuduh, Mohamad Amirul Izzat Mohamad; Md Nazrul Khusairi Mohamad Ros; Muhamad Ikhwan Ruslan; Muhammad Aidil Mohd Kamal; Muhamad Khairi Fakhri Abd Karim; Khairul Fadhli Bahar; Abdullah Hassani Basri dan Iskandar Zulkarnain Adenan berusia 23 hingga 32 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang bekerja sebagai pembantu pam didakwa mencapai niat secara curang atau tidak jujur menggunakan kad inden milik PDRM membabitkan nilai antara RM50 hingga RM830.05.



Kesemua kesalahan itu dilakukan bermula Oktober hingga Disember 2017 di sebuah stesen minyak di daerah Kemaman.

Bagi kesalahan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan semua tertuduh diikat jamin antara RM5,500 hingga RM30,500 setiap seorang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Difahamkan, kesemua tertuduh akan berdepan 138 lagi pertuduhan atas kesalahan sama.


LAPAN bekas pekerja sebuah stesen minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman atas 45 pertuduhan menyalahgunakan kad inden petrol milik PDRM. FOTO Ghazali Kori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 11:23 AM | Show all posts
DIORANG SALAH GUNA MCMNA?

sori tercaps lock.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.094203 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list