View: 403|Reply: 0
|
[Johor]
Giat bersih sungai, parit
[Copy link]
|
|
Difahamkan pihak berwajib akan membina jambatan Bailey disebelah jambatan runtuh bagi memudahkan penduduk kampung. Foto Essa Abu Yamin
Batu Pahat: Kerja-kerja pembersihan sungai dan parit di sekitar lokasi tragedi jambatan runtuh di Kampung Parit Baru, Parit Raja kelmarin sedang giat dilakukan.
Tinjauan di kampung berkenaan hari ini mendapati kerja-kerja pembersihan sudah dilakukan sehingga hari ini oleh Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) serta ditutup daripada dilalui orang ramai.
Ketua Kampung Parit Baru, Norlaili Pardi berkata, ketika ini difahamkan pihak berwajib sedang berusaha untuk membina jambatan Bailey sementara jambatan baru dibina.
"Jambatan berkenaan difahamkan akan dibina bersebelahan dengan jambatan yang runtuh sebelum ini.
"Ketika ini hampir 800 penduduk kampung tidak dapat menggunakan jambatan berkenaan kerana jambatan itu adalah laluan utama untuk ke Jalan Parit Raja dan Parit Botak," katanya.
Norlaili berkata, penduduk sukar untuk mencari keperluan harian dan perlu melalui jalan yang jauh untuk melakukan urusan seharian.
"Anak-anak yang bersekolah juga terpaksa menunggu bas di kawasan menunggu bas yang agak jauh kira-kira empat kilometer dari lokasi kebiasaan yang mereka guna.
"Apabila jambatan Bailey dapat dibina dengan segera, urusan penduduk di kampung ini sekurang-kurangnya dapat diselesaikan sementara menunggu jambatan baru dibina nanti," katanya.
Katanya, bekalan air di kampung berkenaan sudah berjaya dibaik pulih dengan cepat dan tiada penduduk kampung yang terputus bekalan air di kediaman masing-masing.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin setempat dan semua pihak berwajib yang begitu komited dan bertindak pantas dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku.
"Penduduk kampung ini dan sekitar berharap pihak berwajib dapat terus mengambil tindakan sepatutnya dengan permasalahan parit dan saliran sebelum tragedi seperti ini berulang pada masa depan," katanya.
Kelmarin, jambatan utama ke Kampung Parit Baru di Parit Raja dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras sebelum runtuh pada jam 11 pagi.
Dilaporkan, ketika kejadian tiada pengguna jalan raya atau penduduk kampung melalui jambatan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bersih-sungai-parit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|