CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Kedah] Teliti kemampuan kolam takungan

[Copy link]
Post time 26-9-2022 05:22 PM | Show all posts |Read mode

GUNUNG hiasan

Alor Setar: Kerajaan negeri diminta melihat kepada kemampuan tiga kolam takungan di puncak Gunung Inas yang menyimpan kapasiti air dalam jumlah yang besar dan risiko sekiranya struktur itu pecah.

Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail, berkata kejadian bencana aliran puing dan banjir lumpur dijangka terus berlaku sekitar lembangan Sungai Kupang, Baling, kerana tidak ada halangan sisa kayu dari atas Gunung Inas.

Katanya, kerajaan negeri perlu membuat keputusan segera berhubung kewujudan tiga kolam takungan berkenaan bagi menenangkan keadaan, perasaan dan keselamatan penduduk terutamanya di Kampung Iboi.


"Kerajaan perlu kaji kaedah dan kesan sekiranya kolam itu dirobohkan. Perlu juga melihat kepada kemampuan kolam itu menampung isi padu air yang ada.

"Sekiranya kolam itu tidak cukup kuat, ia akan pecah dan apa akan berlaku seterusnya, semua aspek perlu dikaji," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan diminta mengeringkan tiga kolam takungan air sebesar gelanggang futsal menggunakan kaedah terbaik bagi melindungi penduduk sekitar kaki Gunung Inas.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan, langkah mengeringkan kolam berkenaan dijangka tidak memberi apa-apa kesan kepada kawasan persekitarannya dan dakwaan ia menyebabkan perasaan tidak selamat hanya spekulasi semata-mata.

Berikutan itu semalam, Tuan Ibrahim menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan terhadap tiga kolam takungan air ladang durian Musang King di puncak Gunung Inas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kemusnahan harta benda dan nyawa yang berlaku dalam kejadian sebelum ini, memberi kesan besar kepada penduduk dan langkah penyelesaian jangka panjang perlu dicari.

"Walaupun kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian, namun ada perkara yang masih memberikan tekanan kepada penduduk.

"Penduduk sudah faham kenapa air hujan turun dengan banyak, antaranya adalah kerana hujan lebat, kawasan gunung tiada pokok yang cukup untuk memperlahankan aliran air dan dikatakan juga disebabkan kolam di atas gunung," katanya.

Menurutnya, dia berharap kerajaan negeri merangka perancangan dan persediaan yang sistematik selepas

kawasan Baling turut menjadi antara lokasi titik panas kawasan banjir yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

"Kawasan yang menjadi titik panas banjir berkemungkinan terima hujan lebat dan menjadi laluan air berlebihan. Kelajuan dan hakisan boleh menyebabkan banjir lumpur.

"Kerajaan negeri perlu lihat semua perkara ini, tindakan selamatkan penduduk boleh dirancang secara berkesan lebih awal. Saya percaya Baling ada pemetaan kawasan banjir yang lengkap," katanya.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, bencana banjir lumpur dan aliran puing menjejaskan lebih 800 penduduk dari 42 kampung sekitar Kupang dan meragut tiga nyawa di Kampung Iboi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... puan-kolam-takungan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.476404 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list