CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Kelantan] Bumbung dewan terbuka runtuh dipukul ribut

[Copy link]
Post time 27-9-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN bumbung dewan terbuka yang runtuh dalam kejadian ribut di SK Demit 2, Kota Bharu, Kelantan, petang semalam. - FOTO/IHSAN PENDUDUK


KOTA BHARU: Sebuah dewan terbuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Demit 2, di sini runtuh selepas dipukul ribut berserta hujan lebat dalam kejadian petang semalam.

Kejadian disedari berlaku antara pukul 5 hingga 5.30 petang oleh seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli, 40-an, ketika melalui kawasan berkenaan.

Zulkifli berkata, semasa melalui kawasan itu dia telah dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat seperti objek jatuh terhempas dari tempat tinggi.

“Saya terus menoleh ke cermin sisi untuk memeriksa keadaan dan terkejut mendapati bumbung dewan terbuka sekolah berkenaan telah runtuh secara keseluruhannya.

“Mujurlah semasa kejadian tiada murid berada di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Kampung Demit, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd. Zin Halim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, dewan berkenaan adalah sumbangan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebelum ini. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ntuh-dipukul-ribut/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064386 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list