CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Johor] Jabatan Laut tubuh pasukan siasatan insiden kapal berlanggar di Batu Pahat

[Copy link]
Post time 28-9-2022 03:40 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Johor Bahru: Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan pasukan siasatan susulan insiden pelanggaran kapal kontena MV GSL Grania dengan kapal tangki MT Zephyr I di perairan Batu Pahat, semalam.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan kapal kontena yang berdaftar di Liberia dan kapal tangki yang berdaftar di Panama itu bagi memastikan situasi terkawal.

"Buat masa ini, kedua-dua kapal diarahkan untuk berlabuh di tempat selamat bagi tujuan verifikasi kerosakan dan siasatan lanjut.

"JLM juga bertindak menyiarkan 'navigational telex' (NAVTEX) bagi memberi amaran kepada kapal-kapal yang berada di kawasan atau laluan berdekatan mengenai situasi semasa untuk mengambil langkah berjaga-jaga," menurut jabatan itu.


Terdahulu, siasatan awal mendapati kapal MT Zephyr I yang dalam perjalanan ke Yantai, China telah hilang kawalan berikutan kegagalan sistem stereng sehingga menyebabkannya membelok ke kiri lalu melanggar kapal MV GSL Grania yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

"Akibat daripada pelanggaran itu, kapal MV GSL Grania telah mengalami kerosakan pada bahagian 'starboard quarter' manakala kapal MT Zephyr I pula mengalami kerosakan pada bahagian depan (bow)," menurut jabatan itu lagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kebocoran dan tumpahan minyak dilaporkan.

"Kita juga ingin menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak benar serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," tambah kenyataan itu.

Terdahulu, JLM telah menerima laporan kecemasan melalui VTS Klang Sektor 5 berhubung insiden pelanggaran kapal berkenaan pada 4.18 pagi semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nggar-di-batu-pahat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.108769 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list