CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Kelantan] Tiada masalah PRU15 musim tengkujuh, tapi agak bimbang - Bomba Kelantan

[Copy link]
Post time 28-9-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Jainal @ Zainal Madasin (dua kiri) beramah mesra dengan anggotanya. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengakui berdepan kebimbangan sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan pada musim banjir.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, pihaknya tetap bersedia dari segi keanggotaan dan logistik, senario itu menjadi pengalaman baharu buat mereka jika benar-benar berlaku serentak.

"Tiada masalah jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh kerana kita sentiasa bersedia (cuma) mungkin kita akan tingkatkan dari segi logistik dan keanggotaan.


"Tambahan keanggotaan mungkin akan diperlukan jika ingin buka pusat mengundi terutama di kawasan berisiko banjir dan kebetulan sedang berlaku operasi memindahkan mangsa banjir.

"Lebih menjadi kerisauan jika dalam masa yang sama berlaku kejadian lain seperti kebakaran dan jika benar PRU15 dijalankan dalam musim banjir, ia menjadi pengalaman baharu buat kami," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Zainal berkata, sekiranya masih berdepan dengan kekurangan anggota disebabkan bencana banjir dan PRU15 berlaku serentak, bantuan daripada Putrajaya akan diminta.

Terdahulu beliau hadir dalam majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Dewan Utama, Tunjong di sini.

Sebagai gimik pelancaran, simulasi memindahkan jenazah dari lokasi banjir di sebuah kampung menaiki lori bomba dilakukan sebagai persiapan anggota jika berdepan kejadian itu nanti.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Operasi Bencana Daerah Narathiwat, Thailand, Leftenan Muhaday Nithatnawaday Chakul.

Zainal berkata, pihaknya sentiasa menjalankan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand, khususnya Narathiwat secara menyeluruh bukan hanya berkaitan banjir.

"Selain perkongsian mengenai maklumat berkaitan banjir, kerjasama dijalankan jika ada berlaku insiden lemas di Sungai Golok iaitu sungai di sempadan menghubungkan antara dua negara.

"Begitu juga jika ada satu-satu perkembangan berkenaan teknik atau teknologi baharu yang digunakan dalam agensi masing-masing, kami akan berkongsi contohnya Thailand berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) yang ditubuhkan di negara ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bang-bomba-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.111257 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list