CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Terengganu] Hanya tegur bukan nak culik

[Copy link]
Post time 29-9-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Hulu Terengganu: Polis daerah ini menafikan berlaku kes cubaan culik membabitkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya tidak menafikan menerima laporan mendakwa berlaku cubaan culik membabitkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dibuat seorang suri rumah di Kampung Menerong, Ajil, Isnin lalu.

Katanya, berdasarkan laporan, pengadu berusia 25 tahun terbabit mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia bersama anak perempuannya berusia empat tahun berada di rumah jam 12.15 tengah hari.


Beliau berkata, pengadu mendakwa didatangi tiga individu termasuk seorang wanita menaiki sebuah Proton Iswara sebelum memperkenalkan diri sebagai ejen jualan barang keselamatan tong gas dan meminta untuk masuk ke dalam rumah bagi menjalankan pemeriksaan dapur.

"Mangsa tidak membenarkan kumpulan terbabit masuk ke rumah kerana bimbang keselamatan mereka berikutan ketika itu hanya dia dan anaknya saja berada dalam rumah.

"Wanita terbabit (pengadu) pada masa sama mendakwa ejen perempuan menarik tangan anak perempuannya tetapi kanak-kanak itu yang ketakutan berpaut pada kain ibunya.

"Selepas kejadian itu, pengadu mendakwa ketiga-tiga mereka beredar dan pergi ke rumah jiran lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Susulan laporan itu, Mohd Adli berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan terhadap kumpulan terbabit yang tinggal menyewa di sebuah rumah di Marang.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kumpulan terbabit adalah wakil jurujual kepada syarikat peralatan keselamatan tong gas.

"Kita sudah memberi amaran kepada mereka agar memberhentikan aktiviti jualan dari rumah ke rumah bagi mengelakkan salah faham berlaku di kalangan masyarakat yang terpengaruh dengan tular membabitkan kes culik kanak-kanak," katanya.

Katanya, dakwaan pengadu bahawa anaknya ditarik oleh wanita jurujual berkenaan adalah tidak benar.

"Memang betul jurujual itu memegang kanak-kanak berkenaan tetapi itu perbuatan biasa mengusik dan menegur bukan nak culik.

"Dakwaan kumpulan terbabit meninggalkan kereta selepas itu juga adalah salah faham, kerana kereta berkenaan ditinggalkan sementara di kawasan rumah pengadu ketika kumpulan terbabit ke rumah jiran," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita dan mesej suara tular di media sosial berkaitan isu penculikan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gur-bukan-nak-culik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.248580 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list