View: 374|Reply: 0
|
[Johor]
Ayah, kami setia menunggu...
[Copy link]
|
|
Segamat: "Kami pasrah menunggu dan berharap bapa saya ditemui. Kami reda, apa juga yang berlaku sama ada ayah pulang dengan selamat atau sebaliknya," kata Noor Azali Ithnin .
Anak sulung kepada warga emas, Ithnin Warsan, 79, yang hilang dari kediamannya di Kampung Tungku Tiga di sini jam 7 petang Isnin lalu berkata, gerak hatinya mengatakan warga emas itu selamat dan berada di sekitar Segamat.
"Saya rasa dia masih berada di kawasan sekitar, cuma masih tak jumpa sebab operasi pencarian ini amat mencabar disebabkan kebun sawit yang luas, belukar, permukaan berbukit serta cuaca hujan.
"Namun, kami semuanya tetap berharap, menunggu sama ada di bilik gerakan atau di kediaman," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Tungku Tiga, di sini, hari ini.
ITHNIN Warsan yang hilang sejak 20 September lalu dan gambar usaha pencariannya diletakkan di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Tungku Tiga. FOTO Ahmad Ismail
Ditanya sama ada keluarganya turut mencari ikhtiar lain, Noor Azali berkata, mereka sudah berusaha pelbagai cara namun masih tiada perkembangan dan akur dengan sebarang ketentuan takdir.
"Sudah lebih 192 jam dengan keadaan kesejukan dan berpanas tanpa makanan. Namun, kami masih berharap dan berdoa kepada Allah SWT.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) warga emas itu dihentikan berikutan tiada sebarang petunjuk ditemui.
"Carilamat PKTK di Kampung Tungku Tiga menamatkan operasi itu, pada jam 5 petang hari ini. Kita menggerakkan operasi sebaik menerima laporan berkaitan kehilangan mangsa dan sehingga hari ini iaitu hari ketujuh operasi ditamatkan berikutan tiada sebarang petunjuk ditemui," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, ia akan diaktifkan semula jika terdapat petunjuk baharu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tia-menunggumetrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|